Ahad, 22 Mei 2011

Riadah Paintball PKKMCJ 2011

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan aktiviti riadah paintball yang disertai oleh anggota kerja PKKMCJ, usahawan perkampungan kraf dan pelajar latihan industri. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk semua ahli keluarga bernaung di PKKMCJ berkumpul dan melaksanakan misi yang disarankan oleh Penasihat KSKKMCJ bagi memantapkan ketahanan mental, rohani serta fizikal masing-masing di sini. Satu misi telah dilaksanakan dengan sempurna dan terbaik semalam di kawasan riadah PKKMCJ.


Antara pasukan paintball PKKMCJ 2011 ialah:

- Pasukan Hijau



- Pasukan Jingga

Gotong-Royong (Perkarangan Pejabat)

Larkin- Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk kali yang ketiga pada tahun ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja susunatur di perkarangan ruang lobi serta laman pejabat kemas dan teratur. Gotong-royong ini telah dijalankan pada 19 Mei 2011 yang melibatkan anggota kerja PKKMCJ, para usahawan perkampungan kraf dan pelajar latihan industri. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan gotong-royong serta kerjasama mereka telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sekian.

Khamis, 19 Mei 2011

Mesyuarat Bagi Melaksanakan Promosi Bulanan PKKMCJ

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) akan mengadakan satu aktiviti promosi berkonsepkan "Uptown" di perkarangan pejabat PKKMCJ pada setiap hujung bulan dan ia dijangkakan akan bermula pada bulan Jun. Pihak pengurusan PKKMCJ telah mengadakan pertandingan cari nama sempena promosi tersebut dan ia terbuka kepada semua anggota kerja serta usahawan kraf di sini. Pemilihan cari nama telah dijalankan semalam dan semua anggota kerja telah sebulat suara memilih "bazaria@kraf" sebagai pemenang. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Ellanie bt. Ahmad Izani kerana beliau telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan cari nama dan ia akan digunakan sepanjang program ini dijalankan. Penyampaian hadiah akan disampaikan pada 20 Mei 2011.

Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Datang Pelajar Latihan Industri


Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menempatkan empat orang pelajar dari Jurusan Pengurusan Seni, Universiti Malaysia Sarawak untuk menjalani latihan industri yang bermula pada 16 Mei sehingga 9 Julai 2011 (8 minggu). Pihak kami ingin mengucapkan selamat datang dan mereka adalah sepertimana berikut:

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Nama : Norzaifirah bt. Zaini (Zai)

Asal : Melaka

Penempatan : Unit Usahawan

Nama : Muhamad Nur Azizi b. Muhamad Jono (Azizi)

Asal : Johor

Penempatan : Unit Pasaran dan Promosi/ Pemuliharaan Kraf

Nama : Nurfarahidayu bt. Mohd Yani (Farah)

Asal : Johor

Penempatan : Unit Pasaran dan Promosi/ Pemuliharaan Kraf

Nama : Intan Khairani bt. A. Halil (Intan)

Asal : Johor

Penempatan : Unit Pasaran dan Promosi/ Pemuliharaan Kraf


Isnin, 16 Mei 2011

Festival Kesenian Gunung Ledang

Ledang- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) dengan kerjasama Pejabat Daerah Ledang telah menganjurkan Festival Kesenian Gunung Ledang yang bermula pada malam 12 Mei sehingga 15 Mei 2011 di Dataran Gunung Ledang Resort, Sagil, Tangkak, Johor. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz telah merasmikan Festival Kesenian Gunung Ledang pada 14 Mei 2011 pukul 11.00 pagi. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Dato Dr. James Dawos Mamit serta Pegawai Daerah Ledang, Tuan Haji Amran A. Rahman sebagai pembuka bagi ucapan pendahuluan semasa majlis perasmian sedang dilangsungkan.

Sebelum itu, tetamu-tetamu kehormat telah disambut oleh persembahan pergendangan Cina, pergendangan India, kumpulan kompang dan persembahan silat dan seterusnya mereka menuju ke khemah VIP. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang festival ini berlangsung seperti berikut:
  • Ghazal
  • Pementasan Muzikal Tari Puteri Gunung Ledang
  • Persembahan Dinas Pariwisata Seni dan Budaya (Indonesia)
  • Seni Pertahankan Diri
  • Persembahan Kebudayaan (setiap daerah, sekolah seni, keseniaan Cina, kesenian India)
  • Persembahan Tatih Seni bersama Noraniza Idris
  • Persembahan Orang Asli
  • Tayangan PacakPertandingan
  • Demonstrasi Gasing
  • Pertandingan Mewarna dan Melukis (kategori kanak-kanak)
  • Pertandingan Ayam Serama
  • Pertandingan Suara Burung Merbok
  • Pertandingan Deklamasi Puisi Gunung Ledang
  • Pertandingan Fotografi
  • Pertandingan Menyumpit dan Memanah
  • Pameran Fotografi dan Lukisan


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput untuk menyertai program tersebut dengan menghantar dua usahawan kraf bagi jualan di sana dan mereka adalah sepertimana berikut:
  1. Arils Center
  2. Treasured Possession Gallery

Ahad, 15 Mei 2011

Tahniah... Encik Azmi dan Puan Ellanie

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada dua orang anggota kerja PKKMCJ yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bagi Tahun 2010.

Mereka adalah sepertimana berikut:

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KPKK 2010

Encik Nor Azmi b. Haji Ismail

Pegawai Ehwal Ekonomi

(Pengarah)

Puan Ellanie bt. Ahmad Izani

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi

(Ketua Unit Pasaran dan Promosi/ Pemuliharaan Kraf)


Bengkel Penyelarasan SKT,FM dan MPK

Larkin- Unit Pentadbiran dan Kewangan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan bengkel penyelarasan Sasaran Kerja Tahun (SKT), Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang bermula pada 10 Mei sehingga 12 Mei 2011 di Bilik Perbincangan, PKKMCJ. Bengkel ini telah dikelolakan sendiri oleh Pengarah PKKMCJ, Encik Azmi bin Haji Ismail untuk menjelaskan tentang strategi dan fungsi utama organisasi PKKMCJ, tugas serta tanggungjawab bagi setiap anggota kerja. Perbincangan dan pengagihan tugasan telah diberikan mengikut unit masing-masing. Semakan semula akan dijalankan pada 30 Mei 2011 untuk pengesahan terakhir bagi SKT, FM dan MPK yang telah diperbincangkan oleh semua anggota kerja PKKMCJ. Sekian.