Isnin, 29 November 2010

Bimbingan Teknikal- Bengkel Asas Pembuatan Rumah Replika Johor

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Bimbingan Teknikal iaitu Bengkel Asas Pembuatan Rumah Replika Johor mulai 23 November 2010 hingga 26 November 2010 di sini. Bengkel tersebut di bawah program Unit Usahawan yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang melibatkan 11 orang peserta dan ia dirasmikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Program ini telah dibimbing oleh Encik Baser Ali iaitu usahawan yang berpengalaman luas tentang pembuatan rumah replika di Melaka.







Program ini diadakan bertujuan untuk:
  1. Fokus kepada penggunaan teknik asas pembuatan rumah replika dengan menggunakan bahan kayu serta teknik kemasan yang betul.
  2. Memberi kemahiran tambahan dan info tentang penggunaan mesin/ jentera dalam pembuatan rumah replika dengan langkah-langkah dan teknik yang betul.
  3. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan pembuatan rumah replika dan pengusaha kayu khasnya untuk berkongsi pengalaman bagi meningkatkan pasaran industri ke peringkat seluruh negara.


Tugasan mereka ialah membina rumah replika Johor (Rumah Limas Johor) yang bersaiz 55" (panjang- hadapan) x 47" (panjang- belakang) x 55" (lebar) x 42" (tinggi) secara berkumpulan selama 4 hari program ini dijalankan. Pada hari kedua terakhir program tersebut, para peserta bengkel dan tenaga pengajar telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan rumah replika itu sehingga pukul 12 pagi. Keesokkannya, acara penyerahan sijil kepada peserta-peserta bengkel telah disampaikan oleh En. Baser Ali dan diiringi oleh Ketua Unit Usahawan, Pn. Hardiana Johar pada akhir program tersebut.


Peserta-peserta bengkel berharap program ini dapat diteruskan ke fasa kedua bagi meningkatkan kemahiran individu mereka ke atas pembuatan rumah replika Johor tersebut. Semoga kemahiran teknik tukangan ini dapat diteruskan bagi mengembangkan lagi bidang kraf kayu di Johor.

Sabtu, 27 November 2010

Majlis Penghargaan 25 Tahun Anggota Kerja Kraftangan Malaysia


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah diberikan kepercayaan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan untuk menganjurkan Majlis Penghargaan 25 Tahun Anggota Kerja Kraftangan Malaysia yang diadakan pada 25 November 2010 di sini. Acara ini telah dijalankan pada pukul 2.30 petang yang dipengerusikan oleh En. Mohd Shukri dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Aizat sebagai pembuka acara.


Kemudian ucapan aluan diteruskan oleh Penolong Pengarah, Cik Saihazra sebelum ucapan yang dinanti-nantikan iaitu ucapan orang yang diraikan iaitu:
  1. En. Ahmad Faudzi Md. Ghazali- 36 tahun berkhidmat (Pengarah PKKM Cawangan Johor)


  2. Tn. Hj. Yusop Muri- 29 tahun berkhidmat (Mantan Pengarah PKKM Cawangan Perak)

Seterusnya, upacara pemberian hadiah dan memotong kek diadakan khas untuk orang yang diraikan sebagai penghargaan terhadap jasa-jasa mereka yang telah berbakti kepada organisasi lebih dari 25 tahun berkhidmat. Semoga dengan adanya majlis penghargaan ini, segala pengalaman mereka dapat dikongsi bersama dengan anggota kerja sedia ada bagi memantapkan lagi gerak kerja di organisasi Kraftangan Malaysia terutamanya di cawangan Johor.


Di samping itu, sambutan hari lahir juga diadakan serentak selepas upacara pemotongan kek oleh En. Ahmad Faudzi dan Tn. Hj. Yusop dijalankan. Sambutan itu dijalankan untuk meraikan hari kelahiran bagi anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada bulan November dan anggota kerja yang diraikan ialah En. Mohd Rosdi Ibrahim yang menyambut hari lahirnya ke 40 tahun (14 November).


Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang telah berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia lebih dari 25 tahun. Pihak kami berharap agar majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi motivasi dan galakkan yang positif kepada anggota kerja yang lama berkhidmat serta ia dapat memberi contoh yang baik kepada generasi muda sekarang. Sekian.

Jumaat, 26 November 2010

Lawatan Tadika Little Star Art Studio



Larkin- Tadika Little Star Art Studio, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 23 November 2010. Lawatan ini yang dihadiri seramai 80 orang pelajar dan 16 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak ini dan memupuk minat terhadap pembuatan kraftangan tempatan terutamanya kesenian orang Melayu.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Bilik Latihan Jangka Pendek
- Pembuatan Benang Serat Nanas dan Tenunan







Inkubator Kraf
- Ukiran Kayu



Galeri Warisan

Rabu, 24 November 2010

Cahayamata Baru PKKMCJ

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata keempat pada tahun ini iaitu isteri Encik Ahmad Effieindie Ghazali telah selamat melahirkan cahayamata lelaki. Bayi yang diberi nama Ibhnue Bathutha Bin Ahmad Effieindie dilahirkan pada 12 November 2010 pada pukul 1.54 petang di Hospital Selayang, Selangor.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada En. Ahmad Effieindie dan isteri kerana mereka memiliki permata sulung yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada isterinya Pn. Siti Habsah Romlan yang bertugas di Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat dan selamat kembali bertugas pada 12 Januari 2011 nanti.

Ahad, 21 November 2010

Daulat Tuanku- Hari Keputeraan Sultan Johor


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada:

Semua Anggota Kerja Kraftangan Malaysia & Pengunjung Blog

Isnin, 15 November 2010

Lawatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gelang Patah


Larkin- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gelang Patah, Johor Bahru telah mengunjungi ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada hari ini. Lawatan ini yang dihadiri seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka terhadap pembuatan kraftangan di sini terutamanya kesenian orang Melayu. Antaranya ialah:


Galeri Warisan







Bilik Latihan Jangka Pendek (Tenunan Serat Nanas)







Inkubator Kraf
- Ukiran Kayu







Perkampungan Kraf
- Alat Muzik Tradisional



- Pembuatan Parang



Pusat Jualan Kraf