Isnin, 2 Mac 2015

Diari Sepanjang Festival Kraf Johor 2014

|| FESTIVAL KRAF JOHOR 2014 ||

Coretan sepanjang Festival Kraf Johor 2014 yang telah berlangsung pada 18 hingga  31 Disember 2014. Bertempat di padang A, Angsana JB Mall. Bermula dari 10pagi hingga 10 malam setiap hari.

Festival Kraf Johor 2014 dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 


Assalamualaikum dan salam muafakat Johor...
PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja kraftangan HQ dan semua cawangan dan juga usahawan yang terlibat dalam menjayakan FESTIVAL KRAF JOHOR 2014. Mohon maaf atas segala yg kekurangan dan ketidaksempurnaan dari kami di sepanjang festival berlangsung..Terima kasih atas kerjasama dan sokongan. Insyaallah jumpa lagi pada hujung tahun ini 2015 kalau masih diberi peluang penganjurannya di Johor

Di sebalik tabir Festival Kraf Johor 2014 (FKJ2014)








18 Disember 2015

Majlis Perasmian  Festival Kraf Johor 2014
Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2014 yang telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 18 Disember 2014 (Khamis) jam 4.45 petang bertempat di Pentas Utama, Khemah Festival Kraf Johor 2014 – Padang A, Angsana Johor Bahru Mall.


















Terima kasih Dato' Seri !!



Jualan Produk Kraf dan pameran FKJ2014





















AKTIVITI SOKONGAN FKJ14 - Interaktif Kraf

Bagi memeriahkan lagi FKJ14, beberapa aktiviti sokongan interaktif kraf telah diadakan sepanjang FKJ14. Antaranua ialah :
- Interaktif Kraf Membuat Layang - layang
- Interaktif Kraf Anyaman Rotan
- Interaktif Kraf Mewarna Batik
- Interaktif Kraf Mewarna Tempurung 
- Interaktif Sulaman dan Jahitan
- Interatif dan demo tulisan khat


Antara aktiviti sokongan sepanjang FKJ2014 :

Autoshow kenderaan vintage / Roda Klasik@craft di FESTIVAL KRAF JOHOR  merupakan salah satu acara menarik yang menjadi sebahagian aktiviti sokongan di festival. Terima kasih kepada pengelola aktiviti ini yang telah menghimpunkan peserta autoshow dari dalam dan luar negara... semoga ianya menjadi jaringan kerjasama yang berterusan pada masa akan datang. TERIMA KASIH KERANA MEMERIAHKAN Festival Kraf Johor!!!







Slot CERIA@FKJ14 Bersama Meow

- Pameran Kucing Cantik
- Pertandingan Kucing cantik
- Interaktif Mewarna Batik - Kucing











Antara aktiviti pengisian pentas sepanjang festival kraf malaysia 2014


Slot Tazkirah Laman Rohani
Setiap khamis dan jumaat sepanjang festival kraf johor 2014.
Kongsi ilmu bersama ustaz jemputan. 






Persembahan Kesenian dan Kebudayaan







Pertandingan IDOLA FKJ 2014 

Pemenang tempat pertama IDOLAFKJ2014 - En Cassidy Abdul
Pemenang tempat pertama IDOLAKECILFKJ2014 - Natasha Azhar

Pemenang tempat pertama IDOLAFKJ2014 - En Cassidy Abdul

            Pemenang tempat pertama IDOLAKECILFKJ2014 - Natasha Azhar

 Terima kasih buat panel Juri FKJ2014


Bergambar kenangan bersama finalis FKJ2014. Tahniah dan  jumpa lagi!





































Jom layari

https://www.facebook.com/pages/Promosi-Kraf-Malaysia-JOHOR/662997173720855?ref=hl