Khamis, 9 Jun 2011

Perbincangan Sempena Cadangan Pelaksanaan Bazar Ramadhan @ Kraf

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan satu perbincangan khas sempena cadangan perlaksanaan Bazar Ramadhan @ Kraf yang dijangkakan akan mula beroperasi pada Ogos 2011. Perbincangan ini telah diadakan semalam dan ia bermula pada pukul 3 petang. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi mengenai objektif, tarikh dan masa pelaksanaan, penglibatan usahawan dan aktiviti sepanjang program yang akan dijalankan. Semasa perbincangan diadakan, beberapa pendapat dan cadangan telah diberikan oleh anggota kerja PKKMCJ dan pelajar latihan industri bagi menjayakan Bazar Ramadhan ini. Satu perlantikan jawatankuasa kecil telah dilaksanakan dan mereka terdiri daripada:
  • Jawatankuasa Kecil Logistik dan Teknikal
    - Diterajui oleh Encik Fazar Ivan Hidayat b. Zahari
  • Jawatankuasa Kecil Penyertaan Usahawan
    - Diterajui oleh Puan Ellanie bt. Ahmad Izani
  • Jawatankuasa Kecil Publisiti dan Keceriaan
    - Diterajui oleh Cik Saihazra Izreen bt. Hamzah
  • Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian
    - Diterajui oleh Puan Nurulniza bt. Masuan
  • Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Laporan
    - Diterajui oleh Puan Hardiana bt. Johar