Rabu, 19 Oktober 2011

Cahayamata Baru PKKMCJ

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata ketiga pada tahun ini iaitu Puan Asfaziha binti Ab. Karim yang selamat melahirkan cahayamata perempuan pada 11 Oktober yang lalu. Bayi yang seberat 2.95 kg telah diberi nama Amnah Nur binti Ahmad Faizal dilahirkan pada pukul 2.35 pagi di Hospital Kemaman, Terengganu.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Asfaziha dan suaminya kerana mereka memiliki cahayamata sulung yang sihat dan comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas di PKKM Cawangan Terengganu pada 22 Disember 2011 nanti. Sekian.

Selasa, 18 Oktober 2011

Lawatan SMK Pasir Gudang

Johor Bahru- Premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dikunjungi seramai 36 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang pada 10 Oktober yang lalu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka terhadap pembuatan kraf di samping menarik minat golongan belia bagi merasai sendiri pengalaman dengan menceburi "dunia kraf" di sini.

Antaranya ialah:

Demonstrasi Tenunan Serat Nanas






Demonstrasi Ukiran Kayu






Kraf Batik Canting

Gotong-Royong Sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Jahitan Tradisional / Fesyen Pakaian Komersial

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 10 Oktober yang lalu sempena Bengkel Bimbingan Teknikal Jahitan Tradisional / Fesyen Pakaian Komersial yang diadakan pada 11 hingga 14 Oktober 2011 di Bengkel Jahitan PKKMCJ. Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua anggota kerja PKKMCJ di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Terima kasih atas segalanya. Sekian.

Isnin, 17 Oktober 2011

Karnival Kesenian Sound Of Johor 2011

Johor Bahru- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) telah menganjurkan Karnival Kesenian Sound Of Johor 2011 pada 7 hingga 9 Oktober 2011 di Taman Merdeka, Johor Bahru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Y.A.B Dato' Abdul Ghani Othman pada 8 Oktober 2011 mulai pukul 8 malam. Karnival tersebut telah diserikan lagi dengan persembahan 24 jam muzik Ghazal tanpa henti oleh Pemuzik-Pemuzik Ghazal Negeri Johor, pameran jabatan / agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta jualan kraf tempatan yang melibatkan 4 orang usahawan Johor iaitu:
  1. Wandarisnor Enterprise
  2. Nouvo Craft Enterprise
  3. Encik Tumian Muridan
  4. Kompang Baki

Khamis, 13 Oktober 2011

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ)

Johor Bahru- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Mesyuarat Agong kali kedua berikutan perpindahan Pengerusi KSKKMCJ, Cik Saihazra Izreen Hamzah ke Ibu Pejabat mulai 20 Oktober 2011. Mesyuarat ini yang dijalankan pada 5 Oktober lalu telah dipengerusikan oleh Penasihat KSKKMCJ, Encik Nor Azmi Haji Ismail dan kemudiannya diserahkan kepada Pengerusi untuk mengelolakan perlantikan baru jawatankuasa tersebut. Setelah perlantikan jawatankuasa itu selesai dilaksanakan, dengan secara rasminya, Cik Saihazra meletakkan jawatan beliau untuk diserahkan kepada Pengerusi KSKKMCJ yang baru iaitu Encik Khairul Irwan Suhaidi Mansin.

Antara barisan kabinet baru KSKKMCJ:


AHLI JAWATANKUASA KSKKMCJ

1.

PENGERUSI

· EN. KHAIRUL IRWAN SUHAIDI

2.

NAIB PENGERUSI

· PN. NURULNIZA

3.

SETIAUSAHA

· CIK RAHAMAH

4.

BENDAHARI

· CIK SHAZIELA

5.

BIRO SUKAN

· EN. FAZAR IVAN HIDAYAT

· PN. ZURAIDA

6.

BIRO KEBAJIKAN

· PN. HARDIANA

7.

BIRO EKONOMI

· PN. ELLANIE

· EN. MOHD ROSDI

8.

BIRO AGAMA

· CIK NORHASLIZARAF

9.

BIRO PUBLISITI

· EN. MOHD AIZAT

· EN. KHAIRUL NIZAR SYAH

10.

BIRO KERAIAN

· CIK ANJALIA

· EN. ZULKIFLI

11.

BIRO REKREASI

· EN. MOHD FAIRUSS

Selasa, 11 Oktober 2011

Lawatan Pengarah PKKMCJ di Sekitar Johor Bahru

Johor Bahru- Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi b. Haji Ismail telah mengadakan sesi lawatan fasa kedua ke premis usahawan kraf di sekitar Johor Bahru pada 5 Oktober yang lalu. Aktiviti ini merupakan kesinambungan lawatan bagi pemantauan aktiviti terkini usahawan kraf sama ada di bawah projek atau usahawan bebas yang beroperasi di premis masing-masing. Ketua Unit Usahawan, Puan Hardiana Bt. Johar telah mengiringi pengarah bagi tujuan pemantauan tersebut.

Antara premis usahawan yang dikunjungi adalah:
  • JR Anggun Pesona Sdn. Bhd. (Usahawan Mikro IKS - Batik Canting)
  • Encik Tumian Muridan (Kraf Warisan & Orang Asli - Angklung)
  • A & Z Mestika Enterprise (Usahawan Bebas - Kertas Serat Nanas)

Penggunaan Mesin Laser (Ukiran Kayu)

Kuantan- Syarikat Wandarisnor Enterprise iaitu usahawan mikro IKS di bawah projek Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjalankan proses laser ke atas produk dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang bagi mempertingkatkan kualiti mengikut spesifikasi permintaan pelanggannya. Peminjaman mesin laser tersebut telah dibantu oleh Encik Khairul Nizar Syah b. Abdul Jabar (Pengajar Kraf - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor) dan Encik Aziruddin b. Mohd Noor (Pengajar Kraf - Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang) bagi tujuan tunjuk ajar pengendalian mesin dan bantuan teknikal produk yang bermula pada 4 Oktober hingga 5 Oktober 2011 di Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.