Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucap tahniah kepada enam anggota kerja yang terpilih untuk menghadiri Kursus Kenegaraan (BTN) Kumpulan Sasaran 2 (Gred 1-17) pada 02 Disember hingga 06 Disember 2010 di KBN Bukit Sagu, Kuantan, Pahang. Antara enam anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang terpilih ialah:
- Mohd Aizat Bin Shaharuddin (Pereka B17)
- Anjalia Binti Raimin (Pengajar Kraf E17)
- Khairul Nizar Syah Bin Abdul Jabar (Pengajar Kraf E17)
- Khairul Irwan Suhaidi Bin Mansin (Juruteknik J17)
- Mohd Shukri Bin Mustafa (Pembantu Tadbir (p/o) N17)
- Shaziela Binti Mohd Shah (Pembantu Akauntan W17)
Kursus Kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
- Memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;
- Memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;
- Memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan;
- Memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor juga ingin mengucap selamat menghadiri kursus dengan jayanya dan selamat pulang kepada semua anggota kerja PKKMCJ yang akan kembali bertugas pada 8 Disember 2010 nanti.