Isnin, 2 Mac 2015

Diari Sepanjang Festival Kraf Johor 2014

|| FESTIVAL KRAF JOHOR 2014 ||

Coretan sepanjang Festival Kraf Johor 2014 yang telah berlangsung pada 18 hingga  31 Disember 2014. Bertempat di padang A, Angsana JB Mall. Bermula dari 10pagi hingga 10 malam setiap hari.

Festival Kraf Johor 2014 dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 


Assalamualaikum dan salam muafakat Johor...
PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja kraftangan HQ dan semua cawangan dan juga usahawan yang terlibat dalam menjayakan FESTIVAL KRAF JOHOR 2014. Mohon maaf atas segala yg kekurangan dan ketidaksempurnaan dari kami di sepanjang festival berlangsung..Terima kasih atas kerjasama dan sokongan. Insyaallah jumpa lagi pada hujung tahun ini 2015 kalau masih diberi peluang penganjurannya di Johor

Di sebalik tabir Festival Kraf Johor 2014 (FKJ2014)








18 Disember 2015

Majlis Perasmian  Festival Kraf Johor 2014
Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2014 yang telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 18 Disember 2014 (Khamis) jam 4.45 petang bertempat di Pentas Utama, Khemah Festival Kraf Johor 2014 – Padang A, Angsana Johor Bahru Mall.


















Terima kasih Dato' Seri !!



Jualan Produk Kraf dan pameran FKJ2014





















AKTIVITI SOKONGAN FKJ14 - Interaktif Kraf

Bagi memeriahkan lagi FKJ14, beberapa aktiviti sokongan interaktif kraf telah diadakan sepanjang FKJ14. Antaranua ialah :
- Interaktif Kraf Membuat Layang - layang
- Interaktif Kraf Anyaman Rotan
- Interaktif Kraf Mewarna Batik
- Interaktif Kraf Mewarna Tempurung 
- Interaktif Sulaman dan Jahitan
- Interatif dan demo tulisan khat


Antara aktiviti sokongan sepanjang FKJ2014 :

Autoshow kenderaan vintage / Roda Klasik@craft di FESTIVAL KRAF JOHOR  merupakan salah satu acara menarik yang menjadi sebahagian aktiviti sokongan di festival. Terima kasih kepada pengelola aktiviti ini yang telah menghimpunkan peserta autoshow dari dalam dan luar negara... semoga ianya menjadi jaringan kerjasama yang berterusan pada masa akan datang. TERIMA KASIH KERANA MEMERIAHKAN Festival Kraf Johor!!!







Slot CERIA@FKJ14 Bersama Meow

- Pameran Kucing Cantik
- Pertandingan Kucing cantik
- Interaktif Mewarna Batik - Kucing











Antara aktiviti pengisian pentas sepanjang festival kraf malaysia 2014


Slot Tazkirah Laman Rohani
Setiap khamis dan jumaat sepanjang festival kraf johor 2014.
Kongsi ilmu bersama ustaz jemputan. 






Persembahan Kesenian dan Kebudayaan







Pertandingan IDOLA FKJ 2014 

Pemenang tempat pertama IDOLAFKJ2014 - En Cassidy Abdul
Pemenang tempat pertama IDOLAKECILFKJ2014 - Natasha Azhar

Pemenang tempat pertama IDOLAFKJ2014 - En Cassidy Abdul

            Pemenang tempat pertama IDOLAKECILFKJ2014 - Natasha Azhar

 Terima kasih buat panel Juri FKJ2014


Bergambar kenangan bersama finalis FKJ2014. Tahniah dan  jumpa lagi!





































Jom layari

https://www.facebook.com/pages/Promosi-Kraf-Malaysia-JOHOR/662997173720855?ref=hl







Program Lawatan Kerja - KSU MOTAC



3 SEPTEMBER 2014 - Rabu, Johor Bahru - Program Lawatan Kerja Y.Bhg Datuk Dr. Ong Hong Peng, KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ke Pejabat-pejabat Agensi dibawah MOTAC. Y. Bhg juga turut merasmikan Paparan Model LEGO Star Wars Miniland di Legoland Nusajaya dan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.

















Terima kasih Y.Bhg Datuk Dr. Ong Hong Peng, KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dari kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor 






Selamat Datang Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Selamat Datang dan Selamat Bertugas !!!


Puan Rugayah Mohd Salleh
Pengarah 
Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Selasa, 9 September 2014

SEKALUNG TAHNIAH DENGAN KELAHIRAN BARU - PUAN NURUL AINI MD DAN

Sekalung Tahniah !!

Puan Nurul Aini Md Dan
Pembantu Akautan W17

diatas kelahiran puteri sulungnya yang comel 

Sofia Humaira binti Mohd Khidhir
7 Julai 2014 
3.21kg
6.01petang
Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor


Dengan ucapan doa




Ahad, 20 Julai 2014

Kasih Setulus Ramadhan Bahgia Seindah Syawal

             
Dato'/Datin/Tuan Haji/Puan Hajjah/Tuan/Puan/Encik/Cik,Saudara,Saudari,

" Rindu Ramadhan masih dirasa, amalan dan ibadat makin dipertingkat, jangan leka akibat tawaran hebat,

belanja berhemat dijadikan sahabat selalu diingat..."

" Pertemuan senja akhir Ramadhan disambut girangnya malam Syawal yang indah, segala persiapan disedia seindah,

Harapan keluarga menanti kepulangan kita tak pernah sudah, dijalanraya jangan kita main redah, maut ajal menanti nanti menyesal tak sudah..."

" Segala mahfirah, sifat mahmudah serta muhasabah, ilmu dalam Ramadhan lalu, jangan kita malu segan silu nak mohon ampun pada Mak Ayah, Isteri Suami, Mertua, Adik beradik, sahabat, taulan, rakan sekerja mahupun Tok Penghulu, semoga Aidilfitri
ini dapat kita sambut kita rai seikhlas hati nurani...."

Harapan kami , rakan sekerja di Kraftangan Cawangan Johor ingin memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata,
kelantangan bersuara, ketelerbihan meminta serta kekurangan ketika kita bersua dapat dimaafkan oleh rakan -rakan sekalian.

Selamat Berbahgia Di Aidilfitri...Semoga Tahun Depan Kita Berjumpa Lagi...


                                                                   


     
                                                                         







Salam Ramadhan2014 dan Kosong Kosong!


Salam Ramadhan 2014

Dikesempatan di bulan yang mulia ini kami memohon ampun dan maaf.... 
sekiranya ada kekhilafan dan ketelanjuran kami adanya..

Kosong - Kosong

Buka Lembaran Baru 





Jom Ramai -Ramai ke Promosi Kraf Aidilfitri 2014, Angsana Johor Bahru Mall!!!


 Promosi Kraf Aidilfitri - JOHOR ||
28 Jun hingga 27 Julai 2014

Temui usahawan kraf kami di Khemah petak C dan Aras 3 Angsana JB Mall !!!!

Pelbagai pilihan produk kraf untuk kelengkapan menyambut lebaran yang akan tiba... Dapatkan TAWARAN harga istimewa dari kami!!!!


MASUK PERCUMA !!!