Khamis, 15 Mac 2012

KARNIVAL BUDAYA & WARISAN 2012


Johor Bahru - Karnival Budaya & Warisan 2012 akan bermula pada 16hb hingga 18hb Mac 2012 di sekitar Bandaraya Johor Bahru antaranya Jalan Segget, Jalan Meldrum, Jalan Tan Hiok Hee, Plaza Seni & Laman Tun Sri Lanang yang dianjurkan oleh Iskandar Malaysia serta dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan beberapa lagi Agensi Kerajaan. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor terlibat dalam aktiviti Demostrasi & Jualan Kraf yang melibatkan 8 usahawan kraf negeri Johor. Antara aktiviti kraf yang akan dijalankan ialah Pembuatan Batik Canting, Kraf Pembuatan Parang, Seni Ukiran Kayu, Seni Kraf Tulisan Khat, Capal Kulit, Pembuatan Kompang, Warisan Kuda Kepang dan Alat Muzik Angklung. Sepanjang karnival berlangsung, aktiviti kraf akan berada di Johor Bahru City Square dan JB Sentral. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Budaya & Warisan 2012. Masuk adalah percuma.

Selasa, 13 Mac 2012

BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL KRAF ANYAMAN ROTAN (TEKNIK PEMBUATAN DAN KEMASAN PRODUK)

Segamat - Bermula dari 27 Februari hingga 2 Mac yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Kraf Anyaman Rotan bertempat di Kg. Orang Asli Ulu Juaseh, Labis dengan dihadiri enam orang usahawan yang kebanyakanya terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Bengkel ini diadakan kerana masih lagi terdapat kekurangan dari segi kualiti dan kemasan pada produk (OP) kraf anyaman rotan bersempena HKK 2012 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Jesteru itu, pihak kami mengadakan kursus tersebut selama lima hari bagi melatih usahawan menghasilkan produk kraf mengikut teknik pembuatan dan kemasan yang betul sekaligus memenuhi tuntutan standard kualiti Hari Kraf Kebangsaan Malaysia.

Hasil dari perlaksanaan bengkel yang diadakan, pihak kami mendapati para peserta mampu menghasilkan produk kraf mengikut teknik yang diajar, malah mereka juga mampu meneroka dalam menghasilkan teknik baru yang tersendiri contohnya teknik sambungan pemegang rotan pada badan beg yang dihasilkan. Manakala produk-produk siap yang perlu dibaiki dari segi kemasan telah pun dilaksanakan menerusi bengkel ini.

Melalui bengkel yang telah dijalankan juga, pihak kraftangan dapat merumuskan bahawa usahawan - usahawan yang terlibat dapat menemui jawapan kepada permasalahan yang timbul dalam teknik penghasilan dan kemasan produk. Kini usahawan-usahawan tersebut sedang giat dan tekun menghasil produk kraf mengikut jumlah dan standard kualiti yang telah ditetapkan pihak kraftangan.


Khamis, 9 Februari 2012

PEMANTAUAN PERSEMPADANAN KAWASAN PREMIS KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

Larkin - Sekumpulan anggota kerja telah ditugaskan khas untuk membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Pemantauan persempadanan ini diketuai oleh Pengarah PKKMCJ sendiri, En Nor Azmi B. Hj Ismail telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Berbekalkan dengan peralatan yang sesuai, aktiviti pemantauan dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan memulakan perjalanan dari pondok keselamatan terus melangkah dengan berhati - hati meredah ke belukar yang penuh dengan ular dan binatang berbisa di sepanjang laluan sempadan PKKMCJ. Hasil pemeriksaan terdapat kawasan pagar yang telah berlubang serta rosak akibat aktiviti vandalisme, ditimpa pokok yang tumbang dan reput kerana berkarat. Kumpulan ini juga mengambil inisiatif membuat kerja - kerja merintis dan menebas semak belukar bagi memastikan tiada isu pencerobohan. Tinjauan ini tamat pada jam 11.00 pagi. Sekian, semoga usaha yang dilaksanakan dapat memastikan aset milik Kraftangan Malaysia berada dalam keadaan baik dan sempurna.






Sebahagian dawai pagar yang telah dirosakkan oleh penceroboh












Pengarah PKKMCJ berdiri di sisi pagar yang telah dirosakkan oleh penceroboh.












Kawasan pagar yang rosak disebabkan pokok tumbang.











Anggota kerja yang terlibat dalam pemantauan persempadanan kawasan premis PKKMCJ.












Kerja - kerja merintis dan menebas semak belukar di sepanjang tepi sempadan premis PKKMCJ.


Ahad, 5 Februari 2012

"JAWAB & TANAM"

Larkin-Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di bawah Jawatankuasa Kecil Sukan telah mengadakan satu aktiviti sihat bersama ahli KSKKMCJ. Aktiviti sukan yang berkonsepkan pertandingan ini dinamakan "Jawab & Tanam" dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 tengahari. Aktiviti sukan ini bertujuan memastikan ahli KSKKM senantiasa sihat serta bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memastikan perkarangan luar pejabat dihijaukan dengan pokok-pokok. Ahli kelab dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan aktiviti pertama lebih kepada menjawab 30 soalan yang menguji kefahaman dan pengetahuan tentang Kraftangan Malaysia. Aktiviti kedua pula menggunakan pendekatan kepada tenaga fizikal yang memerlukan setiap kumpulan menanam pokok-pokok (pokok hiasan dari Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011) di persekitaran perkarangan luar pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Kumpulan 2 yang diterajui sendiri oleh penasihat KSKKMCJ, En. Nor Azmi B. Hj. Ismail telah mendapat tempat pertama, diikuti oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh Pn. Nurulniza Bt. Masuan di tempat kedua dan kumpulan 3 di tempat ketiga. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KSKKMCJ yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan aktiviti pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan serta kerjasama ahli telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sekian.

Tempat pertama dimenangi Kump. 2

Tempat kedua dimenangi Kump. 1

Tempat ketiga dimenangi Kump. 3


Rabu, 25 Januari 2012

Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang pertama untuk tahun ini iaitu isteri kepada Encik Mohd. Fairuss B. Ab. Samat yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sihat dan comel. Bayi yang diberi nama Puteri Fataniah Auni Bt. Mohd. Fairuss dilahirkan pada 22 Januari 2012 ( Ahad ) pada pukul 11.55 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada En. Mohd. Fairuss B. Ab. Samat dan isteri. Semoga anda berdua akan terus berusaha meningkatkan lagi iltizam bekerja dengan kehadiran insan baru dalam hidup anda.

Penerimaan Mesin

Johor Bahru - Pada 18 Januari 2012 yang lalu, 2 usahawan kraf negeri Johor iaitu Wandarisnor Ent. dan Kreatif ER Ent. telah terpilih menerima bantuan mesin secara berperingkat daripada pihak Kraftangan Malaysia dibawah program Bantuan Insentif Pengeluaran. Pada hari tersebut, Wandarisnor Ent. menerima mesin jenis Vertical Bend Saw model Formahero 600BS manakala Kreatif ER Ent. menerima mesin jenis Double Head Spindle Moulder model Formahero FH-S27. Kerja-kerja penghantaran dan pemasangan dilakukan pada hari yang sama oleh syarikat pembekal yang dilantik. Tahniah diucapkan buat usahawan tersebut. Semoga mereka akan terus berusaha meningkatkan lagi pengeluaran produk yang berkualiti.





Mesin yang baru diterima Kreatif ER Ent. telah siap dihantar dan dipasang.










Mesin yang dihantar ke tempat usahawan menggunakan lori 1 tan.










Kerja penghantaran mesin seberat 700kg ini ke bengkel Wandarisnor Ent. terpaksa dibuat dengan bantuan mesin Bulldozer.


Khamis, 12 Januari 2012