Johor Bahru- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan lawatan tapak bagi cadangan kerja-kerja baikpulih infrastruktur bangunan PKKMCJ semalam jam 10.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan penerangan awal oleh Timbalan Pengarah, Cik Saihazra Izreen Hamzah tentang cadangan kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf bangunan kepada para kontraktor yang hadir. Seterusnya, aktiviti lawatan tapak telah diserahkan kepada Juruteknik PKKMCJ, Encik Khairul Irwan Suhaidi Mansin bagi sesi penerangan terhadap cadangan kerja-kerja tersebut kepada mereka dengan lebih terperinci lagi.
Antara cadangan kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf bangunan adalah seperti berikut:
- Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Kebocoran Bumbung Dan Lain-Lain Kerja Senggaraan Berkaitan Di Bangunan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor - (Kelas F)
- Cadangan Menaiktaraf Bangunan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor Dengan Kerja-Kerja Penyenggaraan Bumbung Sedia Ada & Strukturnya, Kerja Mekanikal & Elektrikal Dan Kerja Lain Yang Berkaitan (Reka & Bina) - (Kelas E)