Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan Majlis Perpisahan Anggota Kerja PKKMCJ pada 14 Disember 2010 di sini. Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih pihak kami kepada 2 orang anggota kerja yang akan berhijrah berkuatkuasa pada 3 Januari 2011 dan penamatan kontrak pengarah PKKM Cawangan Johor sehingga 31 Disember 2010.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka acara dan ucapan-ucapan oleh anggota yang diraikan sebelum pemberian hadiah dijalankan.
Antara 3 orang anggota kerja yang diraikan ialah:
- Ahmad Faudzi Md. Ghazali (Pengarah)- Ditamatkan perkhidmatan
- Ahmad Effiendie Ghazali (Pembantu Tadbir- p/o)- Berhijrah ke Bahagian Pasaran dan Promosi, Ibu Pejabat
- Mohd Shukri Mustafa (Pembantu Tadbir- p/o)- Berhijrah ke PKKM Cawangan Negeri Sembilan
Semoga Maju Jaya;
Bintang Barat Terbitan Petang;
Bintang Timur Terbitan Pagi;
Jika Tidak Melarat Panjang;
Ada Umur Ketemu Lagi.
Tulus Ikhlas,
Anggota Kerja PKKMCJ