Khamis, 11 November 2010

Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja (Oktober)


Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bulan Oktober bagi anggota kerja pada 10 November 2010 iaitu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan & Perancangan Cawangan Johor Bil 06/2010 diadakan.


Antara anggota kerja yang diraikan ialah:
  1. En. Ahmad Faudzi (3 Oktober)
  2. En. Ahmad Effieindie (29 Oktober)

Sambutan ini juga memperingati pemergian Allahyarham Wan Mohd Hazri iaitu bekas anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang telah meninggal dunia pada 2 November 2009 semasa beliau berusia 26 tahun. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...