Isnin, 19 Julai 2010

Promosi Kraf Malaysia Di Pusat Membeli-Belah (AEON Jusco Bukit Indah)



Johor Bahru, 19 Julai- Kraftangan Malaysia telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Johor pada 13 Julai 2010 hingga 18 Julai 2010 mulai dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ia merupakan tahun kedua diadakan di sini dengan kerjasama antara PKKM Cawangan Johor dengan Bahagian Pasaran dan Promosi, Ibu Pejabat bagi mengadakan aktiviti Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah.

Aktiviti yang berlangsung selama enam hari ini melibatkan seramai 18 usahawan kraf terdiri daripada:

Bidang Kraf Tekstil
- Treasured Possession Gallery
- Rambai Sari Enterprise
- Aiman Batek
- Nies Batik
- Ayu Fashion
- Natifah Batik
- Abas & Sal Batik
- Barakaff Batik



Bidang Kraf Hasil Rimba
- Perusahaan Daya Kraf
- Wandarisnor Enterprise









Bidang Kraf Logam
- Paulini Heritage
- Nouvo Craft Enterprise
- East Art Enterprise
- De Legend Craft







Bidang Kraf Aneka Kraf
- Anugerah Kraf Enterprise
- Paling Atas Enterprise
- Arils Centre








Bidang Kraf Seramik
- Lavender Ceramic










Kebanyakkan pembeli merupakan pengunjung dari Singapura kerana AEON Jusco Bukit Indah terletak berdekatan dengan laluan masuk kedua (second link) di Tuas antara Johor Bahru - Singapura. Antara yang menarik perhatian mereka ialah alat permainan tradisional congkak yang seringkali menjadi tumpuan bermain oleh kanak-kanak bersama ibu bapa mereka di samping ia memberi pendedahan kepada generasi muda serta tarikan pengunjung terhadap aktiviti promosi tersebut.