Selasa, 8 Januari 2013
Rabu, 2 Januari 2013
Cahayamata Baru PKKMCJ 2012
Johor Bahru - Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima berita gembira dengan kehadiran cahaya mata yang keempat untuk tahun 2012 iaitu Puan Ellanie Bt Ahmad Izani yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel. Bayi yang diberi nama Nur Raneea Bt Mohd Badiuzaman dilahirkan pada 26 Disember 2012 ( Rabu ) pada pukul 11.37 pagi di Hospital Puteri Specialist, Johor Bahru.
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Ellanie Bt Ahmad Izani dan suami. Semoga anda berdua akan terus berusaha meningkatkan lagi iltizam bekerja dengan kehadiran insan baru dalam hidup anda.
Selasa, 1 Januari 2013
Sekitar Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan 2012
Larkin - Telah berlangsungnya Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan bermula 13.12.12 hingga 25.12.12 bertempat di khemah A, Plaza Angsana, Johor Bahru. Promosi kali yang kedua ini menunjukkan peningkatan usahawan yang terlibat iaitu sebanyak 226 usahawan dari seluruh pelusuk tanahair. Seramai lebih 100 tenaga kerja dari pelbagai bidang dan peringkat pegawai terlibat dalam menjayakan program promosi kali ini. Promosi kali ini menyediakan pelbagai jualan produk kraf dari bidang tekstil, hasil rimba, logam, hasil tanah dan aneka, juga pelbagai lagi aktiviti persembahan kesenian dan interaktif kraf khusus buat pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi promosi kali ini.
| aktiviti jualan kraf mendapat perhatian pengunjung yang datang dari luar negara |
| para pengunjung yang gembira menyertai aktiviti interatif kraf mewarna batik |
| para pengunjung yang menghadiri promosi kali ini |
| pengunjung yang datang dari luar negara turut menyerikan lagi promosi kali ini |
| pengunjung sedang sibuk menyiapkan tugasan interaktif kraf yang diberikan |
| aktiviti lawatan berpandu memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai kraf kepada rombongan |
| jurudemo sedang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung/rombongan lawatan berpandu |
| antara rombongan lawatan berpandu yang disertai dari pelbagai jabatan dan persatuan |
| pengunjung yang hadir dapat beriadah dengan aktiviti interaktif kraf sambil membeli produk kraf |
Perasmian Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan 2012
Larkin - Pada 14.12.12, telah berlangsungnya majlis perasmian Promosi Kraf Malaysia Peringkat Zon Selatan buat kali kedua. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali selaku Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan selaku Pengerusi Kraftangan Malaysia. Gimik perasmian kali ini ialah bunyian alat muzik angklung yang dimainkan, majlis juga diserikan dengan persembahan zapin, peragaan fesyen, dan diakhiri sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan.
| Para tetamu dan dif2 kehormat yang hadir |
| Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia |
| Perserta persembahan muzik angklung untuk perasmian sedang bersiap sedia |
| gimik perasmian promosi kraf malaysia 2012 peringkat zon selatan |
| sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan |
| sesi lawatan ke lokasi pameran dan jualan |
Khamis, 1 November 2012
THE BEST DOMESTIC EVENT - ANUGERAH PELANCONGAN NEGERI JOHOR 2012
LARKIN- Pada 24 Oktober yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori The Best Domestic Event bertempat di Pusat Convention Centre, Persada Johor. Penganugerahan ini menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.
Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia khususnya dari cawangan Johor dan para usahawan kraf yang terlibat dan menjayakan promosi ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan. Syabas!
Jumaat, 5 Oktober 2012
Majlis Perpisahan Dan Kedatangan Anggota Kerja Baru
Larkin - Johor : Pada 1/10/2012 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Caw. Johor telah menerima pertukaran anggota kerja baru iaitu En. Fahazanie Sandy B. Halim (Andy) daripada Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat untuk mengisi kekosongan jawatan ketua unit R&D cawangan Johor. Kedatangan beliau diraikan dalam satu majlis pada hari ini diikuti majlis perpisahan Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari yang turut diadakan pada waktu yang sama.
En. Fazar Ivan Hidayat B. Zahari mula berkhitmat di Kraftangan Malaysia Caw. Johor pada 12.1.2004 sebagai Penolong Hal Ehwal Ekonomi sebelum diberi jawatan tetap sebagai Pereka pada 1.6.2006. Pada 12.10.2012 merupakan hari terakhir beliau di Kraftangan Malaysia Caw. Johor sebelum memulakan perkhitmatan beliau di Kraftangan Malaysia Caw. Sabah pada 15.10.2012. Pihak KSKKMCJ mendoakan agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk bekerja dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas beliau dengan jayanya.Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan beliau selama ini. Semoga beliau berbahagia dengan suasana kerja baru dan tidak melupakan kami disini.
Sekian, Wassalam...
| Antara anggota kerja yang hadir.... |
| Encik Fazar Ivan Hidayat B. Zahari ketika memberi ucapan perpisahan beliau... |
| Yang Berbahagia Tuan Pengarah memberikan cenderamata kepada beliau.... |
Jumaat, 21 September 2012
Program Pendidikan Kraf 2012
JOHOR BAHRU, 13 September 3012
Sejajar
dengan aspirasi Kerajaan untuk melonjakkan industri kraf ke arah penyumbang
sumber pendapatan negara, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menganjurkan Karnival Pendidikan Kraf 2012
bertempat di Dewan Serbaguna, PIS. Program ini telah disertai hampir 800 orang
peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan
swasta, sekolah menengah dan rendah, sekolah setelit, komuniti setempat dan
beberapa agensi Kerajaan lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Lembaga
Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Objektif
program adalah meningkatkan kesedaran masyarakat umum terutama generasi muda
mengenai perkembangan industri kraf negara dan menggalakkan pemakaian produk
kraf sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia. Di samping itu, konsep pelaksanaan
program menekankan kepada konsep perkongsian bijak dengan pengemblingan
kerjasama antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan PIS. Program ini
juga memberi pendedahan mengenai kaedah pembuatan kraf secara asas dan membantu
menjana pengetahuan bersifat praktikal.
![]() |
Aturcara Karnival Pendidikan Kraf 2012
Gambar 1
Kerja-kerja susun atur produk kraf oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor sempena Karnival Pendidikan Kraf 2012
Gambar 2
|
Gambar 3
Gambar 4
(KETIBAAN VIP)
Gambar 2
Gambar 3
Ucapan Daripada Encik Azmi Bin Haji Ismail, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.
Langgan:
Catatan (Atom)


.jpg)

