Jumaat, 18 November 2011

Lawatan SMK Seri Perling

Larkin- Seramai 27 orang pelajar dan 10 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor Bahru telah mengunjungi premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 9 November 2011 mulai jam 9 pagi. Ia bertujuan adalah untuk memberi pengenalan asas kepada pelajar yang mengalami masalah pelajaran dan pengisian aktiviti disediakan telah memperluaskan kefahaman mereka dengan perspektif kreativiti dalam dunia kraftangan.


Antaranya:

Interaktif Kraf (Mewarna Batik)



Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)





Khamis, 10 November 2011

Lawatan SMK Taman Daya

Larkin- Seramai 36 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru telah mengunjungi premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 4 November 2011 mulai jam 2.00 petang. Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan mendidik para pelajar agar mengetahui proses - proses pembuatan kraftangan yang terdapat di sini di samping menanam minat untuk cintai produk kraf tempatan.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

Demonstrasi Tenunan






Pembuatan Batik Canting






Pembuatan Alat Muzik Tradisional



Pembuatan Parang

Mesyuarat Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Daerah Kota Tinggi

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor akan menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Daerah Kota Tinggi pada 19 hingga 20 November 2011 bertempat di daerah Kota Tinggi. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat jawatankuasa yang telah diadakan pada 3 November 2011, jam 2.00 petang di bilik gerakan, Pejabat Daerah Kota Tinggi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

Rabu, 9 November 2011

Pendidikan Kraf Batik / Seramik

Johor Bahru- Seramai 80 orang pelajar yang diiringi oleh 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor Bahru telah mengikuti program Interaktif Kraf Batik dan Seramik pada 31 Oktober yang lalu di premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ). Mereka telah mempelajari teknik mewarna batik canting yang disediakan oleh Cik Nurrul Ain binti Shaid Ahmad dari syarikat Titis Mas Enterprise dan teknik pembuatan seramik 'coiling' dan 'pinching' diajar oleh Encik Mohd Jaini bin Dosnan dari syarikat Mutiara Ceramic.

Teknik 'coiling' ialah proses mengulung tanah terlebih dahulu dan kemudiannya disambung dengan tanah yang telah digulung untuk membentuk objek yang diingini. Manakala teknik 'pinching' ialah proses memicit tanah sambil membentuk mengikut bentuk yang diingini. Aktiviti ini telah berakhir pada pukul 5 petang setelah 8 jam mereka mengikutinya di sini. Sekian.

Selasa, 8 November 2011

Taklimat Dan Lawatan Tapak Bagi Pembukaan Sebutharga Sempena Promosi Kraf Malaysia, Plaza Angsana

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan taklimat dan lawatan tapak bagi pembukaan sebutharga sempena Promosi Kraf Malaysia 2011, Plaza Angsana. Taklimat dan lawatan tersebut telah diadakan pada 31 Oktober yang lalu bertempat di bilik mesyuarat PKKMCJ (taklimat) dan Padang A, Plaza Angsana (lawatan) yang sertai oleh para kontraktor yang dipelawa untuk hadir bagi kedua-dua sesi itu.

Antara pelawaan sebutharga yang dijalankan ialah:
  • Perkhidmatan Menyewa, Memasang Dan Mengendalikan Peralatan Khemah Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 10 hingga 26 Disember 2011 (PKKM/BKP/S/35/2011);
  • Cadangan Kerja-Kerja Menyewa, Memasang Dan Mentauliah Sistem Penghawa Dingin Serta Papan Suis Agihan Termasuk Kerja-Kerja Berkaitan Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 15 hingga 25 Disember 2011 (PKKM/UP/S/36/2011); dan
  • Cadangan Kerja-Kerja Menyewa, Memasang Dan Mentauliah Sistem Bekalan Elektrik Serta Papan Suis Agihan Termasuk Kerja-Kerja Sempena Promosi Kraf Malaysia di Padang "A" Plaza Angsana, Johor Bahru Dari 10 hingga 26 Disember 2011 (PKKM/UP/S/37/2011).


Anggota kerja yang terlibat dalam taklimat dan lawatan tapak bagi pembukaan sebutharga terdiri daripada:

IBU PEJABAT
  • Encik Bhasri bin Othman (Pengarah, Bahagian Kewangan & Pengurusan);
  • Tuan Haji Mokhtar bin Lop Ahmad (Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan);
  • Encik Mohd Ridzwan bin Misran;
  • Encik Rosman bin Manan;
  • Encik Samion bin Mahat; dan
  • Encik Mohd Zuber bin Othman.

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR
  • Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah);
  • Cik Saihazra Izreen binti Hamzah (Timbalan Pengarah);
  • Puan Nurulniza binti Masuan;
  • Puan Ellanie binti Ahmad Izani;
  • Encik Fazar Ivan Hidayat bin Zahari; dan
  • Encik Khairul Irwan Suhaidi bin Mansin.

Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Johor (JKKN) telah menganjurkan Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011 yang bermula pada 28 hingga 30 Oktober 2011 di Laman Gasing, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah dijemput hadir bagi pertandingan akhir antara Selangor dan Melaka yang telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Selangor dengan kiraan mata lima berbalas kosong.


Antara pasukan yang menyertai Pertandingan Gasing Pangkah Kebangsaan Terbuka Johor 2011 ialah:
  • Selangor - Juara
  • Melaka - Naib Juara
  • Sri Ledang (Johor) - Ketiga
  • Singapura - Keempat
  • Tenang (Johor)
  • Sri Gading (Johor)
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Brunei 'A'
  • Brunei 'B'

Khamis, 27 Oktober 2011

Tadika Q-Dees Mengunjungi Premis PKKMCJ

Johor Bahru- Seramai 14 kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun yang diiringi lima guru dari Tadika Q-Dees, Johor Bahru telah mengunjungi premis Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) pada 21 Oktober 2011 mulai jam 10.30 pagi. Kanak-kanak ini telah didedahkan dengan pengisian aktiviti seperti interaktif kraf (mewarna batik) dan melawat ke perkampungan kraf bagi melihat pembuatan alat muzik tradisional di sini. Program sebegini sememangnya sesuai untuk mendidik, mengasuh dan melatih rohani mereka dengan pendedahan kraf kepada mereka. Malah, pendidikan seni ini dapat membentuk dunia kanak-kanak untuk menghayati dan melahirkan kreativiti bagi mencapai kesempurnaan pembesaran mereka. Sekian.