Selasa, 15 Mac 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Kuala Lumpur- Hari Kraf Kebangsaan 2011 telah dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia selama 13 hari bermula pada 23 Februari hingga 7 Mac 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Aktiviti berprestij peringkat kebangsaan ini merupakan kali ke sembilan penganjurannya di sana. Hari Kraf Kebangsaan 2011 bertemakan "Kraf Menjana Ekonomi" khusus untuk usahawan kraf dalam penglibatan mereka dalam pembangunan industri kraf negara. Isteri Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Puan Sri Norainee Abdul Rahman telah merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada 24 Februari 2011 mulai pukul 10.30 pagi dan diiringi oleh tetamu kehormat:

  1. Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan;
  2. Yang Berhormat Datin Seri Utama Masnah Rais,
    Isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan;
  3. Yang Berhormat Dato' Joseph Salang,
    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan I;
  4. Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz,
    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan II;
  5. Yang Berbahagia Dato' Sri Kamaruddin Siaraf,
    Ketua Setiausaha Kementerian Penerang Komunikasi dan Kebudayaan;
  6. Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad,
    Pengerusi Kraftangan Malaysia; dan
  7. Yang Berusaha Encik Mohd. Kamil Mohd Ali,
    Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Tema-Tema Hari Kraf Kebangsaan seperti:

2011- "Kraf Menjana Ekonomi"
2010- "Kraf Kreatif dan Inovatif"
2009- "Kraf dan Gaya Hidup"
2008- "Kraf Ke Persada Dunia"
2007- "Kraf Satu Warisan"
2006- "Alam Ilham Motif Kraf"
2005- "Kraf Untuk Semua"
2004- "Inovasi Kraf"
2003- "Cintai Kraf Malaysia"


Seramai 22 usahawan kraf dari negeri Johor telah menyertai aktiviti jualan sepanjang program ini berlangsung. Mereka terdiri daripada bidang kayu, anyaman kraf, aneka kraf, batik dan tenunan serat nanas. Di samping itu, terdapat juga penglibatan seorang usahawan Johor telah menjalankan aktiviti demonstrasi pembuatan kraf kuda kepang di sana. Koleksi kain tenunan dan peralatan dari pembuatan benang serat nanas telah diperagakan selama enam bulan di Pameran Teknologi Tradisional Pembuatan Tekstil di Muzium Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 .

Jualan Kraf (Usahawan Johor)






Demonstrasi Pembuatan Kraf Kuda Kepang


Pameran Teknologi Tradisional Pembuatan Tekstil (Pembuatan Benang Serat Nanas)

Khamis, 10 Mac 2011

Mesyuarat Pengurusan Cawangan PKKMCJ Bilangan 03/2011

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Cawangan Bil 03/2011 pada 9 Mac 2011. Mesyuarat ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari di bilik perbincangan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.


Antara agenda-agenda mesyuarat yang dikemukakan ialah:

Agenda 1 - Perutusan Pengerusi
Agenda 2 - Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 02/2011
Agenda 3 - Perkara-Perkara Berbangkit
Agenda 4 - Laporan Prestasi Aktiviti Pengurusan dan Pembangunan
i) Unit Pentadbiran dan Kewangan
ii) Unit Pembangunan Usahawan
iii) Unit Rekaan dan Teknikal
iv) Unit Pasaran dan Promosi
v) Unit Pemuliharaan Kraf
Agenda 5 - Laporan Prestasi Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan
Agenda 6 - Membincangkan Perkara-Perkara Baru
Agenda 7 - Penutup

Jumaat, 4 Mac 2011

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (Mac)

Larkin- Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir untuk anggota kerja yang lahir pada bulan Mac dan ia diadakan selepas aktiviti Perhimpunan Bulan Mac 2011 bersurai. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Aizat b. Shaharuddin dan seterusnya upacara tiupan lilin oleh anggota kerja yang diraikan.


Antara anggota kerja diraikan ialah:
  1. Puan Hardiana bt. Johar - 9 Mac
  2. Encik Mohd Fairuss b. Ab. Samat - 13 Mac
  3. Cik Saihazra Izreen bt. Hamzah - 24 Mac
  4. Cik Anjalia bt. Raimin - 27 Mac
  5. Encik Nor Azmi b. Ismail - 30 Mac

Perhimpunan Bulan Mac 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada hari ini mulai pukul 8.30 pagi. Perhimpunan bulanan ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Rosdi b. Ibrahim dan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Cintai Warisan Kraf Malaysia dan Budi Bahasa Budaya Kita. Seterusnya, bacaan doa oleh Encik Mohd Aizat Bin Shaharuddin dan diikuti dengan ucapan Pengarah iaitu Encik Nor Azmi Bin Haji Ismail bagi menyampaikan amanat dari Ketua Pengarah kepada semua anggota kerja dan usahawan kraf di sini. Kemudian, sesi penyerahan kad lahir kepada anggota kerja yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Perhimpunan bersurai pada pukul 9.30 pagi.

Khamis, 3 Mac 2011

Lawatan Pelajar Kurang Upaya (Spastik), Taman Sinar Harapan Tampoi

Larkin- Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah mengadakan aktiviti "Kelas Kemasyarakatan" ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 2 Mac 2011 mulai pukul 10 pagi. Lawatan ini dihadiri oleh 12 pelajar spastik (kurang upaya akal- masalah pembelajaran) yang berumur 15 hingga 35 tahun dan mereka ditemani oleh 6 orang kakitangan Taman Sinar Harapan Tampoi. Mereka diberi penerangan oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor tentang aktiviti di sini sepertimana berikut:

Perkampungan Kraf

- Pembuatan Parang



- Pembuatan Alat Muzik Tradisional



Inkubator Kraf

- Batik Canting

Isnin, 21 Februari 2011

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011



Pasir Gudang- Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah mengalas untuk kali pertamanya penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011 ke 16 yang bermula pada 16 Februari hingga 20 Februari 2011 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang setelah 15 tahun penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang oleh Johor Corporation (Jcorp) dijalankan.







Acara menerbangkan 3,000 layang-layang oleh pelajar sekolah dari sekitar Pasir Gudang telah disempunakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim selepas Majlis Perlancaran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang dilaksanakan oleh baginda Sultan Ibrahim pada 19 Februari 2011 pukul 2 petang di sana.








Seramai 221 peserta dari 30 negara telah mengambil bahagian di dalam kategori Antarabangsa manakala 139 pasukan tempatan yang membabitkan 707 peserta bagi kategori Kebangsaan, Korporat dan Sekolah.


Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor