Rabu, 31 Julai 2013

Salam Aidilfitri Dari Kami Warga Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di kesempatan yang ada ini, kami ingin melafazkan syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnia dari-Nya, kita masih lagi dapat bersama menyambut Ramadhan Al-Mubaraq bulan yang dipenuhi dengan segala nikmat dan pahala di dalamnya.

"Tatkala kita kita bersua, bertentang mata bertutur berbicara, pastinya ada ketika bingkisan kata-kata menyinggung rasa, terpalit duka, terpendam sedikit amarah...
Dan pastinya ia bukan lahir dari zarah-zarah hati, tetapi terpancul sahya dalam berkata ditemani bahagian hitam jiwa..."

Di kesempatan yang masih ada ini, afdalnya kami ingin mohon maaf dari azali hingga kini, atas segala kekhilafan, ketidakpuasan, keterlanjuran dan kedaiffan kami selama ini.

Semoga dengan Syawal 1434H yang bakal menjelma tidak kurang lebih 1/3 purnama dapat dirai disambut dengan penuh kegirangan serta kesyukuran..


Salam Aidilfitri, Salam Dunia, Salam Akhirat, Salam Semuanya...


Ikhlas dari kami,
"Warga Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor"
                                                             

                                                  "The 13th Of  Year 2013"






















Khamis, 25 Julai 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA AIDILFITRI 2013

JOHOR BAHRU - 25 JULAI 2013 / Angsana Johor Bahru Mall - Promosi Kraf Malaysia Aidil Fitri 2013 adalah pertama kali dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia. Promosi ini bermula pada 1 Julai - 19 Julai bagi sesi pertama dan 20 Julai - 7 Ogos bagi sesi kedua.

Program promosi yang sedang berlangsung ini telah disertai oleh usahawan kraf yang mempromosikan produk kraf bagi persediaan menyambut Aidil Fitri. Antara produk kraf menarik yang boleh didapati sepena promosi ini adalah baju kurung atau kemja batik, baju melayu, hiasan dalaman, aksesori perhiasan wanita dan lelaki, kasut, capal dan pelbagai lagi.

LOKASI : Level 2, (Lot gedung KAMDAR lama)

Berikut adalah gambar lokasi tapak promosi dan aktiviti promosi sepanjang program:-


Pandangan hadapan lot Promosi Kraf Malaysia


Antara produk laris

Kelihatan pengunjung yang sedang membeli

produk usahawan bagi persiapan hari raya.

Pengunjung sedang diberi penerangan mengenai 
produk capal
Capal yang menjadi pilihan kaum lelaki untuk dikenakan 
denganbaju melayu di hari lebaran nanti
Aksesori hiasan batu permata juga mendapat perhatian
daripada kaun wanita khasnya
Pengunjung dari pelbagai kaum termasuk
 warga negara Singapura dan Indonesia









BIMBINGAN TEKNIKAL SENJATA TRADISIONAL


KLUANG- JOHOR:
Pelaksanaan Bimbingan Teknikal Senjata Tradisioanal  telah bertempat di Bengkel Parangkraf, Kluang, Johor Bahru pada 13 hingga 17 Mei 2013 (5 hari)  
 
















KURSUS KRAFTANGAN ANYAMAN LEKAR (LIDI NIPAH) DENGAN KERJASAMA KEJORA



KURSUS KRAFTANGAN ANYAMAN LEKAR (LIDI NIPAH)

TARIKH         : 17hb - 19hb JUN 2013 (ISNIN-RABU)
MASA             : 9.00 pagi - 6.00 petang
TEMPAT        : DEWAN TERBUKA KG. BELUKAR DURIAN
BILANGAN PESERTA : 20 ORANG
PENGAJAR USAHAWAN KRAFTANGAN MALAYSIA : PUAN MAIMUN BT MOHAMMAD


Gambar 1: Bahan mentah - Lidi Nipah yang telah dibersihkan


Gambar 2,3,4 dan 5: Pengajar gigih memberi tunjuk ajar kepada peserta






Gambar 6: Produk contoh anyaman lekar

Gambar 7: Antara hasil produk dari anyaman lekar yang telah disiapkan sepanjang khusus ini





Gambar 8,9 dan 10 : Pemantauan dan Ucapan terima kasih dari Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada para peserta dan Tenaga Pengajar


Sekalung tahniah juga buat KEJORA dan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dalam merealisasikan aktiviti berbentuk kolaborasi antara agensi yang terlibat bagi memelihara seni kraftangan - Ayaman Lekar ini agar tidak terus ditelan zaman dan masih mempunyai nilainya yang tersendiri.


ihsan: Unit Usahawan PKKMCJ dan KEJORA

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALL

JOHOR BAHRU - 24 MEI - 2 JUN 2013 ANGSANA JOHOR BAHRU MALLPenganjuran Promosi Kraf Malaysia 2013 di dalam pusat membeli-belah  Angsana Johor Bahru Mall merupakan kali ke-5 dan kali kedua diadakan dalam skala besar yang melibatkan seramai 76 orang usahawan kraf. Program promosi ini berkonsepkan ‘membawa produk kraf terus kepada pengguna’ secara terbuka, dan memberi penekanan kepada penyediaan aktiviti yang berasaskan kepada tiga komponen utama iaitu Dagangan Kraf, Pameran Produk Hiasan Dalaman dan Demontrasi Pembuatan Kraf.

Selama 11 hari program promosi dijalankan, dianggarkan seramai 150,000 ribu orang pengunjung setempat dan pelancong luar negara terutama warga Singapura telah datang berkunjung ke program promosi ini. Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung memberi petunjuk bahawa penerimaan mereka terhadap produk kraf semakin mendapat perhatian.

Berikut adalah antara laporan bergambar sepanjang program berlangsung ;-


Booth usahawan diserang peminat aksesori kristal dan mutiara 


 Songket yang menjadi pilihan pengunjung dari Singapura


pengunjung diberi penerangan mengenai produk yang dijual


Demostrasi tulisan khat mendapat tempahan terus dari pengunjung


Lukisan hiasan henna juga mendapat sambutan dari pengunjung


Persembahan santai 'live band' yang menceriakan suasana


Persembahan tradisional ghazal juga telah menarik perhatian pengunjung


 Kelihatan pengunjung yang terpegun melihat persembahan tarian oleh artis budaya


Usahawan kraf bergambar kenangan bagi penyertaan mereka dalam
Promosi Kraf Malaysia 2013
Angsana Johor Bahru Mall