Ahad, 17 Julai 2011

Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri UNIMAS

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Majlis Perpisahan selepas berakhirnya program Hari Bertemu Pelanggan 2011. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Latihan Industri dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menghargai jasa mereka di atas komitmen dan sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh 2 bulan di PKKMCJ. Penyerahan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Pengerusi KSKKMCJ, Cik Saihazra Izreen bt. Hamzah dan diiringi oleh Naib Pengerusi KSKKMCJ, Encik Khairul Irwan Suhaidi b. Mansin. Pihak pengurusan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kelima-lima pelajar ini dan pihak kami mendoakan semoga mereka berjaya menjadi insan cemerlang pada masa hadapan. Sekian.


PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

AYU

FARAH

INTAN

ZAI

ZIZI