Khamis, 29 Mei 2014

||Promosi Kraf Malaysia 2014 Angsana JB Mall ||

Coretan Sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2014 - Angsana JB Mall

Promosi Kraf Malysia 2014 (PKM2014) telah diadakan pada 24 April hingga 4 Mei 2014 yang lalu bertempat di aras 2, Angsana JB Mall. Promosi kali ini melibatkan seramai 80 orang usahawan kraf dari seluruh Malaysia dan yang terdiri daripada pelbagai bidang kraf.

Ucapan terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat dan  anggota warga PKKMCJ serta pegawai cawangan yang terlibat dalam dalam menjayakan promosi kali ini. Sambutan yang memberangsangkan dari pengunjung telah memeriahkan lagi promosi PKM2014 kali ini.

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda dan moga dapat berjumpa lagi di Promosi Kraf Malaysia 2014 di Padang A, Angsana JB Mall pada Disember 2014 nanti. Nantikan kepelbagaian produk-produk kraf yang terkini.



   
 Kerja- kerja persiapan tempat jualan, pameran dan persembahan



                      
                                                       Sesi Pendaftaran dan Undian Lot


   
   
   
   
   
   
Kunjungan pengunjung yang sangat memberangsangkan 

   
   
   
   
         
Kepelbagaian produk kraf juga menarik perhatian pengunjung ke PKM2014



Selamat Datang Pelajar Jurusan Logam Institut Kraf Malaysia!

Selamat Datang  Ke Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

18 April 2014 - Jumaat

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor berbesar hati menyambut kedatangan seramai 15 orang pelajar Institut Kraftangan Malaysia (IKN), Rawang Selangor membuat lawatan sambil belajar . Lawatan sambil belajar ini jugak diiringi seramai 5 orang pengajar kraf dalam jurusan logam.

Salam perkenalan dari kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan semoga berjaya dan menjadi salah seorang usahawan kraf yang berjaya satu hari nanti. Insyaallah. Amin.

Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.

Bergambar kenangan bersama Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor serta Usahawan Johor, (Pilih- Pilih Kraf) 

Misi Pemutihan Usahawan Johor bagi Tahun 2014 -MISI MPUJ2014

MISI MPUJ2014

Bermula dari  April sehingga Jun 2014, Unit Usahawan telah mewujudkan satu misi dalam mencari dan
mengenalpasti semula usahawan Johor yang telah berdaftar dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.
Kesemua usahawan Johor yang tersenarai dan direkodkan dalam sistem e-industri akan menjalani semula pendaftaran terkini dan akan disemak serta  direkodkan semula bagi tujuan pengelasan dan status terkini usahawan yang terlibat masih aktif ataupun tidak.

Bagi tujuan tersebut, kami bersatu tenaga dalam mencari semula seramai 242 orang usahawan johor yang berdaftar di dalam sistem E - Industri. Unit Usahawan bertindak sebagai ketua dalam pembahagian kawasan dan mengumpul semula data dan maklumat yang lebih terperinci bagi mengetahui status terkini usahawan Johor.

Berikut adalah jadual bagi gerak kerja MISI MPUJ2014 yang melibatkan ke semua anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. 


Sepanjang misi MPUJ2014 ini dijalankan, Unit Usahawan juga  mencari dan mendaftarkan usahawan kraf baru yang berpotensi di seluruh negeri Johor. Semoga hasil dari Misi MPUJ2014 ini mencapai matlamat dengan wujudnya satu direktori Usahawan Johor 2014. 

Berikut adalah antara usahawan yang telah menjalani Misi MPUJ2014;






Usahawan: Pasir Gudang Kraf
Bidang Kraf : Hasil Tanah - Seramik
Status Usahawan : Aktif


untuk mengikut perkembangan misi MPUJ2014 sila layari laman sesawang kami 
https://www.facebook.com/kraftanganjohor



Ahad, 18 Mei 2014

|| Lawatan dan Interaktif Kraf Mewarna Batik ||


16 April 2014 

|| Lawatan dan Interaktif Kraf Mewarna Batik ||

Pelajar Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor.

Lokasi : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor


Peserta : 25 pelajar  5 guru iringan

Biarpun mereka pelajar khas namun semangat mereka buat kami warga PKKMCJ sangat teruja dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat istimewa.

Seni lahir dari hati.... setiap corak setiap lakaran mencerminkan jiwa sesiapa saja.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan dan moga kita berjumpa lagi.



 
Bergambar kenangan bersama mereka yang istimewa dengan hasil karya



 Sesi kedua: Lawatan sambil belajar. Jom kita lihat apa yang menarik!!



 
 





















Ahad, 6 April 2014

MENGENANG MH370


AL FATIHAH BUAT MANGSA TRAGEDI MH370
 
Dari Kami
Warga Kraftangan Malaysia


PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014

 

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014

Tarikh : 24 April - 4 Mei 2014
Tempat : Aras 2, Angsana Johor Bahru Mall
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

17 HARI LAGI!!!!