Selasa, 12 Julai 2011

Perhimpunan Bulan Julai 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 8 Julai 2011 mulai pukul 8.30 pagi di bilik latihan Kraftangan Malaysia. Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Encik Khairul Irwan Suhaidi bin Mansin telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Kemudian, pelajar latihan industri, Encik Muhamad Nur Azizi bin Muhamad Jono telah membuka acara dengan bacaan doa beliau dan seterusnya ucapan bulanan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada semua anggota kerja PKKMCJ dan usahawan kraf. Acara sesi penyerahan cenderahati kepada lima orang pelajar latihan industri dari Universiti Malaysia Sarawak telah disampaikan oleh Pengarah PKKMCJ sempena mengingati jasa dan sumbangan mereka telah berikan sepanjang 2 bulan berkhidmat di sini. Perhimpunan bulanan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Sekian.