Ahad, 5 Februari 2012

"JAWAB & TANAM"

Larkin-Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di bawah Jawatankuasa Kecil Sukan telah mengadakan satu aktiviti sihat bersama ahli KSKKMCJ. Aktiviti sukan yang berkonsepkan pertandingan ini dinamakan "Jawab & Tanam" dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 tengahari. Aktiviti sukan ini bertujuan memastikan ahli KSKKM senantiasa sihat serta bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memastikan perkarangan luar pejabat dihijaukan dengan pokok-pokok. Ahli kelab dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan aktiviti pertama lebih kepada menjawab 30 soalan yang menguji kefahaman dan pengetahuan tentang Kraftangan Malaysia. Aktiviti kedua pula menggunakan pendekatan kepada tenaga fizikal yang memerlukan setiap kumpulan menanam pokok-pokok (pokok hiasan dari Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011) di persekitaran perkarangan luar pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Kumpulan 2 yang diterajui sendiri oleh penasihat KSKKMCJ, En. Nor Azmi B. Hj. Ismail telah mendapat tempat pertama, diikuti oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh Pn. Nurulniza Bt. Masuan di tempat kedua dan kumpulan 3 di tempat ketiga. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KSKKMCJ yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan aktiviti pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan serta kerjasama ahli telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sekian.

Tempat pertama dimenangi Kump. 2

Tempat kedua dimenangi Kump. 1

Tempat ketiga dimenangi Kump. 3