Rabu, 20 Julai 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan PKKMCJ Bil 06/2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan, PKKMCJ Bilangan 06/2011 pada 14 Julai 2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah PKKMCJ telah berlangsung selama dua jam di bilik mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan ia telah berakhir pada pukul 4.30 petang.

Antara agenda yang diperbincangkan ialah:
  • Agenda 1: Perutusan Pengerusi
  • Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 05/ 2011
  • Agenda 3: Perkara-Perkara Berbangkit
  • Agenda 4: Laporan Prestasi Aktiviti Pengurusan dan Pembangunan
  • Agenda 5: Laporan Prestasi Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan
  • Agenda 6: Membincangkan Perkara-Perkara Baru
  • Agenda 7: Hal-Hal Lain

Mesyuarat JKPKPKK Bil. 10/2011

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Johor (JKPKPKK) Bilangan 10/2011 pada 14 Julai 2011. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap EXCO Penerangan. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu telah membincangkan isu mengenai perkara-perkara berbangkit dan penting serta laporan aktiviti bagi Jabatan/ Agensi KPKK yang terlibat. Sekian.