Rabu, 29 September 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Selatan


Batu Pahat- Kementeriaan Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan satu program Karnival malaysia Inovatif Zon Selatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disertai oleh usahawan kraf, usahawan luar dan Kraftangan Malaysia melalui kerjasama Pejabat Daerah-Daerah Negeri Johor. Kraftangan Malaysia dan usahawan inkubator kraf mewakili Pejabat Daerah Johor Bahru. Program ini diadakan selama 3 hari di UTHM dan ia bermula pada 24 Sept sehingga 26 Sept. Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani bin Othman iaitu Menteri Besar Negeri Johor telah merasmikan pada hari hari terakhir program tersebut.


Beliau berkata, kini pembangunan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti menjadi strategi utama memacu pembangunan dengan pendapatan tinggi bersesuaian dengan tema program iaitu "Meraikan Kreativiti". Turut hadir sama ialah Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.



Antara usahawan yang terlibat di bawah Daerah Johor Bahru:
  1. Munnah Abd Kadir (Demonstrasi- Benang Serat Nenas)



  2. Saiful Faisal Md. Shap (Demonstrasi- Tenunan Serat Nenas)



  3. Prinsip Karisma Sdn. Bhd. (Demonstrasi dan Jualan- Sulaman Tampal)



  4. Nouvo Craft (Demonstrasi dan Jualan- Parang)

Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata ketiga pada tahun ini iaitu Puan Ellanie Bt. Ahmad Izani telah selamat melahirkan cahayamata lelaki. Bayi yang seberat 2.8kg telah diberi nama Muhammad Qhalif Bin Mohd Badiuzaman dilahirkan pada 24 September 2010 pada pukul 8.00 pagi di Hospital KPJ Healthcare, Johor Bahru.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Ellanie dan suami kerana mereka memiliki permata sulung yang comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas pada 24 November nanti.