Khamis, 11 November 2010

Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja (Oktober)


Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bulan Oktober bagi anggota kerja pada 10 November 2010 iaitu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan & Perancangan Cawangan Johor Bil 06/2010 diadakan.


Antara anggota kerja yang diraikan ialah:
  1. En. Ahmad Faudzi (3 Oktober)
  2. En. Ahmad Effieindie (29 Oktober)

Sambutan ini juga memperingati pemergian Allahyarham Wan Mohd Hazri iaitu bekas anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang telah meninggal dunia pada 2 November 2009 semasa beliau berusia 26 tahun. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 06/2010


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perancangan Cawangan Bil 06/2010 pada 10 November 2010. Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.



Antara agenda-agenda yang diperbincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah:

-Perutusan Pengerusi
-Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil 05/2010
-Perkara Berbangkit
-Laporan Prestasi Perbelanjaan
-Hal-Hal Lain
-Penutup