Isnin, 4 Julai 2011

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 KPKK

Kuala Lumpur- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah diadakan pada 30 Jun yang lalu dan ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Seramai 811 orang penerima dari semua jabatan dan agensi di bawah KPKK dan 58 orang daripadanya adalah merupakan anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2010 terutamanya dua anggota kerja PKKMCJ iaitu:
  1. Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah)
  2. Puan Ellanie binti Ahmad Izani (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi)

Interaktif Kraf Mewarna Batik dan Mewarna Seramik

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput untuk mengadakan Interaktif Kraf Mewarna Batik dan Mewarna Seramik sempena Hari KoKurikulum, Keusahawanan dan Koperasi di Sekolah Menengah Taman Daya, Johor Bahru pada 30 Jun yang lalu. Program ini telah mensasarkan seramai 50 orang warga SMK Taman Daya untuk turut serta dan ia berakhir pada pukul 4.00 petang setelah 9 jam berlangsung di sana. Sekian.