Isnin, 30 Mei 2011

Eksplorasi Kraf Batik Canting- Persatuan MIC Negeri Johor

Larkin- Persatuan Malaysian Indian Congress (MIC) Negeri Johor telah menyertai satu program pendidikan kraf batik canting yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang pada 28 Mei sehingga 29 Mei 2011 di Bengkel Inkubator Batik PKKMCJ. Bengkel selama 2 hari itu telah menerapkan nilai-nilai kesenian batik kepada masyarakat bukan bumiputera terutamanya bangsa India untuk mereka merasai pengalaman baru serta eksplorasi kraf batik secara lebih dekat. Penglibatan seramai 20 orang peserta itu telah menarik minat mereka untuk mempelajarinya dengan bermulanya sedikit penerangan oleh Puan Ellanie Ahmad Izani. Seterusnya kelas teori dan praktikal telah dikendalikan oleh Encik Rosdi Ibrahim bagi mendidik mereka tentang pembuatan asas batik canting.

Majlis penutup program eksplorasi kraf batik canting telah disempurnakan oleh Tuan Sabapathy A/L Ramasamy iaitu Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang merangkap Ketua Bahagian MIC Bahagian Pasir Gudang dan Pengerusi Kebajikan Sosial MIC Negeri Johor. Dalam ucapan aluan oleh Pengarah PKKMCJ, Encik Azmi Haji Ismail telah mengalu-alukan kaum lain untuk menceburi bidang kraf batik atau bidang kraf lain bagi memartabatkan kraftangan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Semasa ucapan Tuan Sabapathy A/L Ramasamy juga bersetuju dengan pandangan pengarah dan beliau akan menyokong industri kraf serta berminat untuk mengadakan program sebegini lagi bagi menarik minat kaum India menceburi bidang kraf tempatan. Penyampaian sijil para peserta dan pemenang telah disampaikan oleh Tuan Sabapathy A/L Ramasamy dan beliau diiringi oleh pengarah PKKMCJ. Majlis penutup eksplorasi kraf batik canting telah berakhir pada pukul 6.00 petang. Sekian.

Program Petrosains Playsmart Music, Art & Science

Johor Bahru- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor telah mengadakan program Petrosains Playsmart Music, Art & Science yang bermula pada 28 Mei sehingga 29 Mei 2011. Petrosains Playsmart merupakan hasrat PETRONAS untuk memupuk minat orang awam untuk mempelajari sains dengan memperkaitkan kesenian bagi menjana minda masyarakat agar ia lebih reseptif kepada ilmu-ilmu yang baru. Selain itu juga, gabungan sains dengan kesenian akan dapat memberi kesedaran di kalangan pengunjung ke sana dengan hubung kait tentang konsep-konsep sains dalam kegiatan kesenian yang ada di persekitaran mereka seharian.

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor telah menjemput Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan usahawan kraf untuk mengadakan aktiviti demonstrasi dan pameran. Antara usahawan yang telibat dalam program ini adalah:
  1. Titis Mas Enterprise
  2. Tumian Muridan



Demonstrasi Muzik Angklung

Lawatan ke Premis Usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar

Muar- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan lawatan ke premis usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar yang bermula pada pukul 2.30 petang iaitu selepas selesai perjumpaan bersama pengarah dan sembahyang Jumaat. Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat secara lebih dekat tentang program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kraftangan Malaysia bagi membangunkan projek SDSI ini serta bual bicara bersama pengarah mengenai isu yang dibangkitkan semasa perjumpaan sebelumnya.

Antara kunjungan pengarah ke premis usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar ialah:

- Kreatif ER Enterprise







- Perusahaan Zalikraf




- Arshad Ishak

Perjumpaan & Perbincangan Pengarah PKKMCJ Bersama Usahawan Kraf SDSI Ukiran Kayu Muar

Muar- Satu sesi perjumpaan dan perbincangan Pengarah PKKMCJ bersama usahawan kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ukiran Kayu Muar telah diadakan pada 27 Mei 2011, pukul 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Daerah Muar, Johor. Antara skop perbincangan yang dibentangkan ialah latar belakang organisasi, program pembangunan dan laporan projek usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar seperti bantuan prasarana dan mesin jentera pengeluaran, aktiviti lahitan, kursus keusahawanan serta nilai jualan dan tempahan.

Usahawan SDSI Ukiran Kayu Muar telah diberi peluang untuk mengemukakan masalah atau pendapat mereka kepada pihak PKKMCJ bagi membangunkan projek SDSI ini untuk berdaya saing di pasaran tempatan dan isu yang telah dibincangkan ialah:
  1. Pusat Jualan Kraf Peringkat Negeri Johor
  2. Pengeluaran produk yang efisien
  3. Pembangunan rekaan
  4. Pekerja/ tenaga mahir
  5. Projek usahasama bersama jabatan/ agensi lain
  6. Penggunaan bahan mentah