Selasa, 5 April 2011

Program KULIM Wildlife Defenders Junior (Sesi 1)


Kota Tinggi- KULIM (MALAYSIA) Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor untuk mengadakan program KULIM Wildlife Defenders Junior yang diadakan pada 2 April 2011 mulai pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Sekolah Kebangsaan Sungai Papan, Kota Tinggi, Johor.




Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan hidupan liar terhadap ekosistem dunia di samping menjalankan aktiviti interaktif kraf dalam mewarna batik sebagai pendedahan dan pendidikan asas batik bagi menarik minat mereka tentang kesenian kraf Malaysia.



Program KULIM Wildlife Defenders Junior (Sesi 2) akan diadakan pada 9 April 2011 di Sekolah Kebangsaan Nam Heng, Kota Tinggi, Johor bagi melengkapkan usaha kerjasama antara pihak Kulim (Malaysia) Berhad dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor bagi tujuan yang sama.