Rabu, 29 September 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Selatan


Batu Pahat- Kementeriaan Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan satu program Karnival malaysia Inovatif Zon Selatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disertai oleh usahawan kraf, usahawan luar dan Kraftangan Malaysia melalui kerjasama Pejabat Daerah-Daerah Negeri Johor. Kraftangan Malaysia dan usahawan inkubator kraf mewakili Pejabat Daerah Johor Bahru. Program ini diadakan selama 3 hari di UTHM dan ia bermula pada 24 Sept sehingga 26 Sept. Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani bin Othman iaitu Menteri Besar Negeri Johor telah merasmikan pada hari hari terakhir program tersebut.


Beliau berkata, kini pembangunan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti menjadi strategi utama memacu pembangunan dengan pendapatan tinggi bersesuaian dengan tema program iaitu "Meraikan Kreativiti". Turut hadir sama ialah Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.



Antara usahawan yang terlibat di bawah Daerah Johor Bahru:
  1. Munnah Abd Kadir (Demonstrasi- Benang Serat Nenas)



  2. Saiful Faisal Md. Shap (Demonstrasi- Tenunan Serat Nenas)



  3. Prinsip Karisma Sdn. Bhd. (Demonstrasi dan Jualan- Sulaman Tampal)



  4. Nouvo Craft (Demonstrasi dan Jualan- Parang)

Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima cahayamata ketiga pada tahun ini iaitu Puan Ellanie Bt. Ahmad Izani telah selamat melahirkan cahayamata lelaki. Bayi yang seberat 2.8kg telah diberi nama Muhammad Qhalif Bin Mohd Badiuzaman dilahirkan pada 24 September 2010 pada pukul 8.00 pagi di Hospital KPJ Healthcare, Johor Bahru.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Ellanie dan suami kerana mereka memiliki permata sulung yang comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas pada 24 November nanti.

Khamis, 23 September 2010

Majlis Persaraan Pengarah PKKMCJ & Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Larkin- Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota kerja dan usahawan kraf Negeri Johor. Di samping itu juga, pengarah telah diberikan satu kejutan khas oleh anggota kerja yang melaksanakan tugas mereka secara senyap bagi meraikan Majlis Persaraan beliau bersama 85 usahawan kraf yang hadir dan kedua-duanya dijalankan secara serentak pada hari ini.


Majlis ini bermula pada pukul 11 pagi yang dipengerusikan oleh En. Mohd Fairuss dan diiringi oleh bacaan doa oleh En. Mohd Aizat sebagai pembuka acara. Kemudian, acara ini diteruskan dengan ucapan aluan oleh Penolong Pengarah, Cik Saihazra Izreen bagi mewakili semua anggota kerja PKKMCJ dan seterusnya ucapan oleh En. Rahim bagi pihak usahawan kraf Negeri Johor.


Sebelum ucapan khas dari orang yang diraikan iaitu En. Ahmad Faudzi bermula, pengerusi majlis telah membaca perjalanan latar belakang termasuk perkhidmatan beliau di PKKM kepada semua para hadirin di sana. Selepas ucapan pengarah berakhir, aktiviti penyampaian hadiah dijalankan serta acara pemberian kek secara kejutan kepada Cik Shaziela yang menyambut hari lahirnya pada hari ini dengan nyanyian oleh para hadirin.


Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bermula.



Majlis Persaraan En. Ahmad Faudzi & Sambutan Hari Lahir Cik Shaziela








Jamuan Hari Raya Aidilfitri












Pihak KSKKMCJ/ PKKMCJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Persaraan Pengarah PKKMCJ dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri serta syabas kepada semua anggota kerja yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program tersebut. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Jumaat, 3 September 2010

Pemantauan Usahawan Johor

Larkin- Satu aktiviti telah dijalankan oleh Unit Usahawan PKKM Cawangan Johor ke premis usahawan bagi pemantauan projek mulai pada 19 Ogos 2010 hingga 1 September 2010 secara berperingkat. Di samping itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan 2 anggota kerja kepada usahawan kraf yang belum berkesempatan bersua muka secara dekat dan mereka adalah:

i) Cik Saihazra Izreen Hamzah (Penolong Pengarah)
Mula berkhidmat di PKKMCJ pada 28 Jun 2010
ii) En. Mohd Aizat Shaharuddin (Pereka)
Pertukaran dari Unit Rekaan ke Unit Usahawan mulai 15 Julai 2010

Antara jadual pemantauan Unit Usahawan sepertimana berikut:

19 OGOS 2010 (Khamis)

USAHAWAN

PROJEK

DAERAH

PEGAWAI PEMANTAUAN

SJ Craft

Pentahapan

Johor Bahru

- Saihazra Izreen Bt. Hamzah

- Hardiana Bt. Johar

- Mohd Aizat B. Shaharuddin

Anggun Pesona

Pentahapan

Tumian Muridan

Warisan








24 OGOS 2010 (Selasa)

USAHAWAN

PROJEK

DAERAH

PEGAWAI PEMANTAUAN

Perusahaan Kayu Zalikraf

SDSI

Muar

- Saihazra Izreen Bt. Hamzah

- Hardiana Bt. Johar

- Mohd Aizat B. Shaharuddin

Aril’s Center

Pentahapan

Kreatif ER Enterprise

SDSI

Jalina Kraf

SDSI

Pamer Craft

SDSI








26 OGOS 2010 (Khamis)

USAHAWAN

PROJEK

DAERAH

PEGAWAI PEMANTAUAN

Zul Kraf Purba

Warisan

Mersing

- Saihazra Izreen Bt. Hamzah

- Anjalia Bt. Raimin

- Mohd Aizat B. Shaharuddin

Sinar Logam Kraf Enterprise

Pentahapan

Kota Tinggi

Koleksi IMM

SDSI







30 OGOS 2010 (Isnin)

USAHAWAN

PROJEK

DAERAH

PEGAWAI PEMANTAUAN

Miskon Karim

Warisan

Batu Pahat

- Saihazra Izreen Bt. Hamzah

- Hardiana Bt. Johar

- Mohd Aizat B. Shaharuddin

- Khairul Irwan Suhaidi B. Mansin

Md Diah Aripin

Warisan

Naim Marjani

Warisan

Sater Kasdi

Pentahapan

Perusahaan Parit Bugis Industries Sdn. Bhd.

Pentahapan








1 SEPTEMBER 2010 (Rabu)

USAHAWAN

PROJEK

DAERAH

PEGAWAI PEMANTAUAN

Citawana Enterprise

Pentahapan

Kota Tinggi

- Saihazra Izreen Bt. Hamzah

- Anjalia Bt. Raimin

- Mohd Aizat B. Shaharuddin

Palldols Creation

Pentahapan

Kluang

Mutiara Ceramic

Pentahapan

Perusahaan Daya Kraf

Pentahapan

Pontian

Gemilang Craft

SDSI

Segamat