Ahad, 22 Mei 2011

Potluck PKKMCJ

Larkin- Aktiviti potluck telah dijalankan pada sebelah petang selepas permainan riadah paintball selesai. Potluck merupakan jamuan keraian di mana setiap orang yang hadir akan menyumbangkan makanan atau minuman untuk dikongsi bersama-sama. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) bagi meraikan dan menghargai kerjasama telah diberikan oleh semua anggota kerja terlibat dalam aktiviti gotong-royong pada hari khamis yang lalu.


Seperti yang dijanjikan, penyampaian hadiah bagi pertandingan cari nama juga diadakan dan seterusnya hadiah tersebut telah disampaikan oleh Penasihat KSKKMCJ kepada Puan Ellanie yang dinobatkan sebagai pemenang pada hari rabu yang lalu. Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang bernaung di PKKMCJ terus terjalin serta persahabatan ini semakin kukuh dan teguh di sini. Sekian.

Riadah Paintball PKKMCJ 2011

Larkin- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan aktiviti riadah paintball yang disertai oleh anggota kerja PKKMCJ, usahawan perkampungan kraf dan pelajar latihan industri. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk semua ahli keluarga bernaung di PKKMCJ berkumpul dan melaksanakan misi yang disarankan oleh Penasihat KSKKMCJ bagi memantapkan ketahanan mental, rohani serta fizikal masing-masing di sini. Satu misi telah dilaksanakan dengan sempurna dan terbaik semalam di kawasan riadah PKKMCJ.


Antara pasukan paintball PKKMCJ 2011 ialah:

- Pasukan Hijau



- Pasukan Jingga

Gotong-Royong (Perkarangan Pejabat)

Larkin- Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk kali yang ketiga pada tahun ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja susunatur di perkarangan ruang lobi serta laman pejabat kemas dan teratur. Gotong-royong ini telah dijalankan pada 19 Mei 2011 yang melibatkan anggota kerja PKKMCJ, para usahawan perkampungan kraf dan pelajar latihan industri. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan gotong-royong serta kerjasama mereka telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sekian.