Selasa, 27 Disember 2011

Jualan Kraf Sempena Promosi Kraf Malaysia 2011

Johor Bahru- Seramai 208 usahawan dari seluruh negara telah menyertai jualan sempena program Promosi Kraf Malaysia selama 11 hari yang bermula pada 15 hingga 25 Disember 2011, jam 10 pagi hingga 10 malam di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Program berkonsepkan "membawa produk kraf terus kepada pengguna" telah menarik minat seramai 154,777 orang pengunjung dari penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membuat pilihan serta membeli produk yang menawarkan harga kompetitif di sini.

Antara klasifikasi bidang kraf yang terlibat adalah sepertimana berikut:
  • Batik dan Sulaman
  • Songket dan Tenun
  • Hasil Rimba
  • Hasil Tanah
  • Logam
  • Aneka Kraf

Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada semua anggota kerja PKKMCJ dan Ibu Pejabat serta para usahawan yang terlibat dalam melaksanakan program Promosi Kraf Malaysia dengan jayanya melepasi sasaran sebenar jualan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Kraftangan Malaysia sebanyak RM 3 juta bagi program tersebut. Dengan secara rasminya, pihak PKKMCJ ingin mengumumkan jualan kraf sempena Promosi Kraf Malaysia 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru adalah sebanyak RM 4,023,456.20 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Dua Puluh Tiga Ribu Empat Ratus Lima Puluh Enam dan Dua Puluh Sen Sahaja).


Sekalung tahniah diucapkan. Sekian.

video