Khamis, 19 September 2013

LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN, FELDA BUKIT BATU, KLUANG JOHOR


28 Ogos 2013(Rabu);Felda Bukit Batu, Kulaijaya, Johor

Majlis Perasmian bagi aktiviti Latihan Jangka Pendek (LJP)Anyaman Rotan  telah diadakan dan dirasmikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi Bin Haji Ismail dengan dihadiri oleh Ketua Kampung Felda Bukit Batu, AJK Kampung dan para peserta yang terlibat. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh 3 bulan dan dijangka akan berakhir pada November 2013. Waktu latihan dikendalikan mengikut jadual pembelajaran yang diguna pakai secara seragam di dalam modul pembelajaran.      

          Matlamat aktiviti LJP Anyaman Rotan dijalankan adalah usaha bagi mencapai hasrat dalam mewujudkan kelompok penganyam rotan yang berupaya membantu meningkatkan pengeluaran produk berasaskan anyaman rotan. Seramai 5 orang peserta yang berpotensi telah dikenalpasti dan diberi peluang dalam mengikuti aktiviti ini dan Usahawan dari Syarikat Perusahaan Daya Kraf, Hajah Mijah bt Sinan telah dilantik sebagai tenaga pengajar. Dengan pengalaman dan kemahiran beliau, semoga para peserta mendapat ilmu dan tunjuk ajar dalam merancakkan industri kraf bidang Anyaman Rotan khususnya.

           Untuk mendapatkan impak yang lebih berkesan di dalam pelaksanaan aktiviti LJP Anyaman Rotan ini, pendekatan melalui hubungan kerjasama perlu dibentuk antara industrial player/ usahawan, Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan agen pemasaran seperti Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd dan SDSI Craft Shop

          Selamat MajuJaya bagi semua yang terlibat dan terima kasih diatas kerjasama antara Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan usahawan akan berterusan dalam usaha memartabatkan Industri Kraf Malaysia dimata dunia.











ihsan: Unit Usahawan, PKKM Cawangan Johor