Selasa, 9 September 2014

SEKALUNG TAHNIAH DENGAN KELAHIRAN BARU - PUAN NURUL AINI MD DAN

Sekalung Tahniah !!

Puan Nurul Aini Md Dan
Pembantu Akautan W17

diatas kelahiran puteri sulungnya yang comel 

Sofia Humaira binti Mohd Khidhir
7 Julai 2014 
3.21kg
6.01petang
Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor


Dengan ucapan doa




Ahad, 20 Julai 2014

Kasih Setulus Ramadhan Bahgia Seindah Syawal

             
Dato'/Datin/Tuan Haji/Puan Hajjah/Tuan/Puan/Encik/Cik,Saudara,Saudari,

" Rindu Ramadhan masih dirasa, amalan dan ibadat makin dipertingkat, jangan leka akibat tawaran hebat,

belanja berhemat dijadikan sahabat selalu diingat..."

" Pertemuan senja akhir Ramadhan disambut girangnya malam Syawal yang indah, segala persiapan disedia seindah,

Harapan keluarga menanti kepulangan kita tak pernah sudah, dijalanraya jangan kita main redah, maut ajal menanti nanti menyesal tak sudah..."

" Segala mahfirah, sifat mahmudah serta muhasabah, ilmu dalam Ramadhan lalu, jangan kita malu segan silu nak mohon ampun pada Mak Ayah, Isteri Suami, Mertua, Adik beradik, sahabat, taulan, rakan sekerja mahupun Tok Penghulu, semoga Aidilfitri
ini dapat kita sambut kita rai seikhlas hati nurani...."

Harapan kami , rakan sekerja di Kraftangan Cawangan Johor ingin memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata,
kelantangan bersuara, ketelerbihan meminta serta kekurangan ketika kita bersua dapat dimaafkan oleh rakan -rakan sekalian.

Selamat Berbahgia Di Aidilfitri...Semoga Tahun Depan Kita Berjumpa Lagi...


                                                                   


     
                                                                         







Salam Ramadhan2014 dan Kosong Kosong!


Salam Ramadhan 2014

Dikesempatan di bulan yang mulia ini kami memohon ampun dan maaf.... 
sekiranya ada kekhilafan dan ketelanjuran kami adanya..

Kosong - Kosong

Buka Lembaran Baru 





Jom Ramai -Ramai ke Promosi Kraf Aidilfitri 2014, Angsana Johor Bahru Mall!!!


 Promosi Kraf Aidilfitri - JOHOR ||
28 Jun hingga 27 Julai 2014

Temui usahawan kraf kami di Khemah petak C dan Aras 3 Angsana JB Mall !!!!

Pelbagai pilihan produk kraf untuk kelengkapan menyambut lebaran yang akan tiba... Dapatkan TAWARAN harga istimewa dari kami!!!!


MASUK PERCUMA !!!

Ahad, 1 Jun 2014

Promosi kraf Malaysia di Galleria@Kotaraya, Johor

Promosi kraf Malaysia di Galleria@ Kotaraya

Kini sedang berlangsung dari 26 Mei hingga 1 Jun 2014

Jom dapatkan produk kraf yang menarik!!!

Dapatkan pilihan perabut, hiasan laman taman, ukiran kayu, produk tekstil batik, sulaman, lukisan batik, aksesori mutiara dan kraf parang / senjata tradisional
 

Khamis, 29 Mei 2014

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013



Persembahan Kebudayaan Sempena Promosi Kraf Malaysia 2014, Angsana JB Mall

Persembahan Kebudayaan Sempena Promosi Kraf Malaysia 2014, Angsana JB Mall


Sepanjang berlangsung Promosi Kraf Malaysia 2014, pelbagai acara sampingan telah diadakan bagi menarik pengunjung datang memeriahkan suasana.Antaranya termasuklah acara persembahan kebudayaan Negeri Johor dan aktiviti Interaktif Kraf yang memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam mengenali produk kraf dengan lebih dekat lagi.

 26.04.2014- Pukulan kompang berformasi dari kumpulan cendana murni 
 





27.04.2014- Tarian Zapin dan Tarian Tradisional Negeri Johor 





AL - FATIHAH Dari Kami Warga Kraftangan Malaysia Cawangan Johor


Selamat Pengantin Baru 2014

10 mei 2014: Selamat pengantin baru fahazanie sandy bersama pasangannya dari kami warga kerja kraftangan malaysia cawangan johor...

" kompang dipalu...pengantin baru...duduk bersanding tersipu malu.... " 

Semoga berbahagia hendaknya...amin

||Promosi Kraf Malaysia 2014 Angsana JB Mall ||

Coretan Sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2014 - Angsana JB Mall

Promosi Kraf Malysia 2014 (PKM2014) telah diadakan pada 24 April hingga 4 Mei 2014 yang lalu bertempat di aras 2, Angsana JB Mall. Promosi kali ini melibatkan seramai 80 orang usahawan kraf dari seluruh Malaysia dan yang terdiri daripada pelbagai bidang kraf.

Ucapan terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat dan  anggota warga PKKMCJ serta pegawai cawangan yang terlibat dalam dalam menjayakan promosi kali ini. Sambutan yang memberangsangkan dari pengunjung telah memeriahkan lagi promosi PKM2014 kali ini.

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda dan moga dapat berjumpa lagi di Promosi Kraf Malaysia 2014 di Padang A, Angsana JB Mall pada Disember 2014 nanti. Nantikan kepelbagaian produk-produk kraf yang terkini.



   
 Kerja- kerja persiapan tempat jualan, pameran dan persembahan



                      
                                                       Sesi Pendaftaran dan Undian Lot


   
   
   
   
   
   
Kunjungan pengunjung yang sangat memberangsangkan 

   
   
   
   
         
Kepelbagaian produk kraf juga menarik perhatian pengunjung ke PKM2014