Warisan

Antara Warisan Kesenian dan Kraf Johor
  1. Wayang Purwo
  2. Kuda Kepang
  3. Gambus

WAYANG PURWO


Sumber: Laman Rasmi KPKK


Pengenalan
Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.

Isi Cerita
Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.

Patung-Patung
Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata Prebes untuk watak pertapa.

Alat Muzik
Alat muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri daripada:
  1. Gong Besar (Agong)- seunit
  2. Gong Suwukan- seunit
  3. Gambang- satu set
  4. Kempul- lima unit
  5. Gonder- dua set
  6. Kenong- lima unit
  7. Slentem- seunit
  8. Saron- satu set
  9. Peking (Saron Penerus)- satu set
  10. Ketok/Kompang- satu set
  11. Rebab- seunit
  12. Gendang- seunit



Sumber: Encik Miskon Karim (Pengusaha Permainan Wayang Kulit Purwo)


Pengenalan
Wayang kulit purwo telah bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar awal 1900-an dengan penghijrahan Orang Jawa ke sini. Permainan wayang kulit purwo dipengaruhi oleh Hindu dan Nusantara. Menurut beliau lagi, Parawali yang ke sembilan telah mencipta satu aktiviti kesenian iaitu wayang kulit sebagai satu alat penghantar untuk menyebarkan Agama Islam kepada masyarakat Nusantara. Antaranya, penceritaannya telah diubahsuai dengan menerapkan unsur-unsur dakwah di dalam watak wayang kulit tersebut.

Asal-Usul Wayang Purwo

PERBEZAAN


MAHABRATA
INDIA

JAWA
KUNO

PAKEM
WAYANG
HIKAYAT ASAL MULANYA WAYANG

EPISOD
1

Parāshara adalah putera Shaktri.

Parāshara adalah anak Begawan Çakri.
Dalam Lampahan Lahiripun Palasara, dikatakan bahawa Palasara adalah putera Bambang Sakri dengan Dewi Sati. Begitu Palasara dilahirkan, ibunya meninggal dan ayahnya dimakan raksasa.

Sangkara dengan permaisurinya Dewi Citrawati menjadi raja di Saptra Angga. Mereka diberkati dengan tiga orang:
i)    Purasara (sulung)
ii)   Santanu (tengah)
iii)  Sambiwara (bongsu)

EPISOD
2




Mahabhisha menjelma sebagai Shāntanu.

Dyau menjelma sebagai Ganggadatta.

Mahābhῑma menjelma sebagai Çāntaṉu.

Prabhāta menjelma sebagai Dewabrata.

Isteri Prabhāta bernama Dyoh.

Dalam Lampahan Parasara Krama dikatakan Santanumurti kahwin dengan Dewi Jahnawi (Dewi Gangga) di negara Ngastina. Sedangkan dalam Limpahan Santanu Rabi kita dapati Prabu Santanu kahwin dengan Dewi Gangga (Dewi Jahnawi) di negara Astina.

Purasara naik takhta kerajaan Saptra Angga sesudah kedua ibu bapanya mangkat. Beliau menyerahkan takhta tersebut kepada Santanu kerana mahu pergi bertapa di Gunung Malikasana (Gunung Parasanu). Sambiwara tidak pernah disebut lagi oleh pengarang.

EPISOD
4







Sapi Vaҫhishta (Apava) tidak diberikan nama.

Isteri Dyau ingin minum susu

Dyau harus mendalami shastras.

Sapi Begawan Wasiṣṭha bernama Nandinῑ.

Dyoh ingin memberi susu kepada temannya, Jῑwatῑ.

Prabhāta harus mendalami darma.

Dari Lampahan Parasara Krama, Santanumurti dan isterinya, Dewi Jahnawi mempunyai tiga orang putera:
i)    Raden Wiwara
ii)   Raden Biswara
iii)  Jahnawisuta
(Santanuja, Dewabrata)

Dalam Lampahan Santanu Rabi hanya disebut seorang putera, iaitu Prabu Anom Dewabrata.

Santanu dikatakan kahwin dengan seorang puteri yang tidak disebut namanya dan mempunyai tiga orang putera:
i)    Raden Dewabrata
ii)   Citranggada
iii)  Citrasena
EPISOD
8





Raja Chedi bernama Uparichara.

Gunung dalam cerita bernama Kolahala.

Kakak Girika, panglima Chedi tidak diberi nama.

Ikan di Sungai Yamuna bernama Adrika.

Burung helang, utusan Uparichara tidak diberi nama.

Kakak Satyavati tidak diberi nama.

Raja Cedi bernama Basuparicāra.

Gunung dalam cerita bernama Kolagiri.

Kakak Girikā bernama Basuprada yang terkenal juga sebagai Wasuprada.

Ikan di Sungai Yamunā tidak diberi nama.

Burung helang, utusan Basuparicāra bernama Çyena.

Kakak Durgandhinῑ bernama Matsyapati.

Dari Lampahan Parasara Krama Basuketi serta permaisurinya Dewi Adrika/ Girika/ Swargandini di Wirata.
·      Adrika= ikan (versi India).
·      Girika= puteri gunung Kolahala dengan sungai Shuktimati yang menjadi isteri  Uparichara
(versi India).
·      Mereka mempunyai anak dampit= Dewi Sati (Durgandini), dan anak yang lelaki= Raden Matsya (Durgandana).
Dalam versi Jawa Kuno, kakak Durgandhinῑ bernama Matsyapati. Begitu Basuketi mangkat, kedua anak dampit yang berbau amis  diambil sebagai anak angkat oleh paman mereka Prabu Dasa di negara Ngangga.

Dalam Lampahan Santanu Rabi Prabu Basuketi/ Wasuketi/ Wasapati menjadi raja di Wirata. Sang Raja berdukacita kerana anaknya Dewi Satyawati/ Durgandini/ Rara Amis berbau amis lalu menyerah puterinya kepada Ki Dasa yang membawa puteri tersebut dan disuruh menarik perahu tambang pada Sungai Yamuna.

Wangsapati menjadi raja di Wirata. Baginda juga mewarisi sebuah perahu kencana untuk bermain-main di Bengawan Dermayu. Baginda jatuh cinta pada seorang puteri waktu berperahu di sungai tersebut dan tanpa disedarinya, spermanya jatuh ke dalam air lalu ditelan oleh ikan gabus putih. Wangsapati kahwin dengan puteri tersebut. Yang Narada membelah perut ikan gabus dan bayinya diberi kepada Wangsapati, lalu diberi nama Dewi Rara Amis. Oleh kerana bau badannya amis, Wangsapati menyuruhnya mendayung perahu kencana di Bengawan Dermayu sehingga disembuhkan oleh pertapa yang bakal menjadi suaminya.
EPISOD
9

Parāshara pergi bertapa dan Satyavati tinggal di sebuah pulau di Sungai Yamuna.

Parāҫara mencipta perahu Durgandhinῑ menjadi pulau yang diselubungi oleh awan. Di sana mereka tinggal sehingga Durgandhinῑ mengandung.

Menurut Lambang Parasara Krama, Parasara yang tiba di Sungai Yamuna diseberangi oleh Durgandini. Parasara mengubatinya dan jatuh cinta sewaktu di dalam perahu. Durgandini terkenal sebagai Dewi Ambarsari/ Gandawati/ Sayojanagandi. Sesudah Parasara mengubati Durgandana, mereka berdua lalu berdamai. Dalam Lampahan Santanu Rabi salah satu nama Durgandini ialah Dewi Satyawati. Hal ini sama seperti versi India Satyavati.

Sewaktu dalam perahu, kerana berahinya sperma Purasara jatuh terkena kencana dan perahu tersebut terus ghaib. Diceritakan pula terdapat empat orang kanak-kanak terdiri:
i)    Gandamana berasal dari bau amis Dewi Rara Amis
ii)   Seta dari ulat
iii)  Kencaka dan Kencarupa adalah anak kembar yang berasal dari perahu kencana.
Dewi Rara Amis yang hamil itu ikut Purasara pergi bertapa di Saptra Angga, sedangkan keempat anak kecil tadi pergi bertapa di Gunung Indrakila.

EPISOD
11

Ayah Satyavati bernama Dasaraja. Shāntanu tidak memberi apa-apa kepada Devabrata.

Ayah Durgandhinῑ bernama Daҫabala. Çantanu memberi aji Swachandarama- rana kepada Dewabrata.

Dalam Lampahan Parasara Krama Santanumurti dikahwinkan oleh Basuketi dengan Durgandini kerana Durgandini dapat menyusui Dewabrata, sedangkan dalam Lampahan Santanu Rabi, Dewabrata melamar Satyawati untuk diperisterikan oleh ayahnya, Santanu, kerana Dewabrata sanggup memenuhi syarat iaitu ia tidak akan dijadikan raja di Astina.

Dewabrata disuruh ibunya mengintip ayahnya, Santanu, sedang membujuk Dewi Rara Amis. Perkelahian meletus antara Dewabrata dengan Dewi Rara Amis. Semar campur tangan dan melarikan Dewi Rara Amis ke hutan. Santanu menyusul mereka ke pertapaan Purasara.
EPISOD
14

Vyasa pergi bertapa dan akan muncul di depan Satyavati sewaktu-waktu Satyavati menginginkannya.

Byāsa menjadi dewasa serta boleh menghafal Weda. Durgandhinῑ kembali menjadi gadis sebagai anugerah Byāsa kepada Durgandhini.

Dalam Lampahan Parasara Krama, Parasara dan Durgandini mempunyai anak dampit Raden Wiyasa/ Abiasa (hitam) dan adiknya Raden Seta/ Setama (putih). Dari Lampahan Santanu Rabi dikatakan Durgandini melahirkan seorang putera di tengah-tengah Kali Yamuna dan Ki Dasa lalu memberi nama Bambang Kresna. Parasara membawa bayi tersebut ke pertapaannya.

Sesudah perang tanding antara Purasara dan Santanu, maka Dewi Rara Amis yang berehat di bawah pohon, melahirkan seorang putera yang diberi nama Ganggasuta/ Abiasa. Putera ini sering menanyakan ayahnya, Purasara, dan oleh para panakawan dikatakan Purasara akan pulang untuk bertemu dengannya.


KUDANG KEPANG


Sumber: Wikipedia


Pengenalan
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

Bilangan Pemain
Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
  1. Penari - 9 orang
  2. Pemain Muzik - 5 orang
  3. Bomoh Pemulih - 2 orang
  4. Penjaga Kawasan - 9 hingga 15 orang
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.

Peralatan
Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:
  1. Angklung- lima unit
  2. Gendang- seunit
  3. Gong (beberapa)
  4. Kuda- (sekurang-kurang) sembilan unit
  5. Pecut- sebatang
  6. Serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter)
Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan. Cara mainan ialah dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil manakala bunyi bergema daripada buluh yang besar.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda diperbuat daripada kulit lembu dandibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.


Cara Permainan
Kuda kepang biasanya di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk persembahan.

Dikawal oleh seorang "danyang" yang melucutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak terkawal, Tok Bomoh akan mengarah pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merbahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Pantang
Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Sumber: Encik Naim Marjani (Pengusaha Kraf Kuda Kepang)

Pengenalan
Menurut Encik Naim Marjani, asal usul sejarah permainan kuda kepang bermula dengan pengiat-giat  Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa abad ke 14. Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Dipercayai permainan kuda kepang mula bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1940-an.

Antara sembilan nama para Walisongo yang terkenal ialah:
  1. Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
  2. Sunan Ampel atau Raden Rahmat
  3. Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim
  4. Sunan Drajat atau Raden Qasim
  5. Sunan Kudus atau Ja'far Shafiq
  6. Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin
  7. Sunan Kalijaga atau Raden Said
  8. Sunan Muria atau Raden Umar Said
  9. Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah

Perbezaan kuda kepang betina dan kuda kepang jantan ialah:

Kuda betina- bulat di bahagian punggung belakang.





Kuda jantan- ada ekor di bahagian belakang.





GAMBUS



Sumber: Laman Rasmi KPKK


Pengenalan
Dikenali sebagai gambus samrah. Gambus Samrah sebagai 'hiburan malam' mempunyai dua segmen utama yang terdiri daripada nyanyian dan tarian dengan iringan muzik berirama Padang Mesir. Terdiri dari tiga rentak utama dikenali:
  1. Zapin (Zafin)
  2. Zefe (Daefe)
  3. Sarah (Syarah)
Seni yang banyak mendapat pengaruh dari negara Timur Tengah ini masih mengekalkan ciri-ciri keislaman semasa persembahannya. Ahli kumpulan hanya terdiri samada lelaki atau wanita dan tidak bercampur. Masa persembahan juga biasanya di sebelah  malam setelah selesai tanggungjawab harian terhadap keluarga dan kewajipan kepada Allah S.W.T. Tempat persembahan juga biasanya di ruang rumah dan kaum wanita pula di dalam bilik. Seni lagu dan senikata yang didendangkan kebanyakannya memuji kebesaran Allah S.W.T dan puji-pujian kepada Rasulullah S.A.W. serta nasihat dan pengajaran untuk kaum remaja.


Asal Usul
Menurut keterangan yang diberikan oleh ketua kumpulan Gambus Samrah Nurul Hilal, Encik Attan Bin Hassan kesenian ini berasal dari satu kesenian tradisi masyarakat Arab yang dibawa dari Hadhramaut melalui perhubungan para pedagang Arab pada abad ke 19. Menerusi Kepulauan Indonesia seperti di Surabaya dan Betawi dan kemudiannya mula berkembang ke Singapura dan Negeri Johor pada awal abad ke 20.

Menurut beliau lagi di sekitar tahun 1920-an, terdapat beberapa orang tokoh yang bertanggungjawab memperkenal dan mengembangkan seni ini di Singapura. Antaranya ialah Tuan Syed Abdullah Al-Habsyi, Tuan Syed Ali Abdul Rahman Al Syagof dan dan Husin bin Omar Bakshin.

Manakala dalam tahun 1930-an, Tuan Syed Abdullah Al-Habsyi seterusnya mengambil inisiatif mengembangkan kesenian Gambus Samrah kepada masyarakat Arab di Johor khususnya di Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat. 


Pembuatan
Gambus juga dikenali dengan nama 'Ud', berleher pendek dan badannya berbentuk seperti buah 'pear'. Menurut Pak Hassan Osman dari Parit Hylam, Batu Pahat, seorang pembuat alat gambus yang terkenal di negeri Johor bahawa ia  diperbuat daripada cantuman beberapa kepingan kayu jenis ringan seperti:
  1. Seraya Merah
  2. Seraya Bunga
  3. Medang Kunyit
  4. Mahang
  5. Durian Belanda
Manakala lehernya diperbuat daripada kayu nangka dan pada dadanya ditutupi dengan kayu 'pine'. Menurut beliau lagi, kayu nangka adalah yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai dadanya. Manakala 'plywood' atau kayu papan lapis telah dipilih untuk dibentuk lubang suara yang bertebuk dan berukir.


Sumber: Laman Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia

Pengenalan
Sejenis gitar bertali enam dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik ghazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain gitar.