Khamis, 9 Februari 2012

PEMANTAUAN PERSEMPADANAN KAWASAN PREMIS KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

Larkin - Sekumpulan anggota kerja telah ditugaskan khas untuk membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Pemantauan persempadanan ini diketuai oleh Pengarah PKKMCJ sendiri, En Nor Azmi B. Hj Ismail telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Berbekalkan dengan peralatan yang sesuai, aktiviti pemantauan dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan memulakan perjalanan dari pondok keselamatan terus melangkah dengan berhati - hati meredah ke belukar yang penuh dengan ular dan binatang berbisa di sepanjang laluan sempadan PKKMCJ. Hasil pemeriksaan terdapat kawasan pagar yang telah berlubang serta rosak akibat aktiviti vandalisme, ditimpa pokok yang tumbang dan reput kerana berkarat. Kumpulan ini juga mengambil inisiatif membuat kerja - kerja merintis dan menebas semak belukar bagi memastikan tiada isu pencerobohan. Tinjauan ini tamat pada jam 11.00 pagi. Sekian, semoga usaha yang dilaksanakan dapat memastikan aset milik Kraftangan Malaysia berada dalam keadaan baik dan sempurna.






Sebahagian dawai pagar yang telah dirosakkan oleh penceroboh












Pengarah PKKMCJ berdiri di sisi pagar yang telah dirosakkan oleh penceroboh.












Kawasan pagar yang rosak disebabkan pokok tumbang.











Anggota kerja yang terlibat dalam pemantauan persempadanan kawasan premis PKKMCJ.












Kerja - kerja merintis dan menebas semak belukar di sepanjang tepi sempadan premis PKKMCJ.


Ahad, 5 Februari 2012

"JAWAB & TANAM"

Larkin-Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor di bawah Jawatankuasa Kecil Sukan telah mengadakan satu aktiviti sihat bersama ahli KSKKMCJ. Aktiviti sukan yang berkonsepkan pertandingan ini dinamakan "Jawab & Tanam" dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 tengahari. Aktiviti sukan ini bertujuan memastikan ahli KSKKM senantiasa sihat serta bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memastikan perkarangan luar pejabat dihijaukan dengan pokok-pokok. Ahli kelab dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan aktiviti pertama lebih kepada menjawab 30 soalan yang menguji kefahaman dan pengetahuan tentang Kraftangan Malaysia. Aktiviti kedua pula menggunakan pendekatan kepada tenaga fizikal yang memerlukan setiap kumpulan menanam pokok-pokok (pokok hiasan dari Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011) di persekitaran perkarangan luar pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Kumpulan 2 yang diterajui sendiri oleh penasihat KSKKMCJ, En. Nor Azmi B. Hj. Ismail telah mendapat tempat pertama, diikuti oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh Pn. Nurulniza Bt. Masuan di tempat kedua dan kumpulan 3 di tempat ketiga. Pihak pengurusan PKKMCJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KSKKMCJ yang memberi komitmen terbaik untuk menjayakan aktiviti pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan serta kerjasama ahli telah memastikan ia terlaksana dengan baik dan lancar di sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sekian.

Tempat pertama dimenangi Kump. 2

Tempat kedua dimenangi Kump. 1

Tempat ketiga dimenangi Kump. 3