Sabtu, 28 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa di PKKMCJ


Larkin- Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di sini pada 25 Ogos 2010 yang dihadiri seramai 60 orang oleh anggota kerja PKKMCJ, Peserta LJP, Usahawan Inkubator, Usahawan Perkampungan Kraf dan Syarikat Paintball bersama dengan keluarga masing-masing.

Persiapan tempat dan makanan adalah usaha gotong-royong antara anggota kerja, peserta LJP dan usahawan kraf bagi menjayakan program ini. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Aizat iaitu AJK Biro Agama KSKKMCJ. Program ini berakhir pada pukul 9.30 malam.

Antara gambar-gambar menarik sepanjang persiapan dan berlangsungnya program ini:

Persiapan Program







Semasa Program












Juadah Berbuka


Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima perkhabaran gembira iaitu Puan Nurulniza Binti Masuan telah selamat melahirkan cahayamata perempuan yang bernama Damia Shahirah pada 18 Ogos 2010 pada pukul 10.30 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nurulniza dan suami kerana mereka telah memiliki sepasang anak yang sangat comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas pada 18 Oktober nanti.

Rabu, 18 Ogos 2010

Mesyuarat Agong Bagi Perlantikan Baru Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor Sesi 2010/2012



Larkin, 18 Ogos 2010- Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan telah diadakan pada hari ini mulai pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi bagi Pelantikan Baru Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Mesyuarat ini dikendalikan oleh pengerusi sementara iaitu Penasihat Kelab, En. Ahmad Faudzi bagi mengelolakan agenda-agenda yang akan diperbincangkan.


Antara agenda perbincangan:
i) Status Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ)
ii) Status Kewangan KSKKMCJ
iii) Pelantikan AJK Baru Sesi 2010/2012
iv) Cadangan/ Pendapat bagi Aktiviti Kelab


Senarai Nama Ahli Jawatankuasa KSKKMCJ Sesi 2010/2012

AHLI JAWATANKUASA KSKKMCJ SESI 2010/2012

Penasihat

Ahmad Faudzi B. Md. Ghazali

Pengerusi

Saihazra Izreen Bt. Hamzah

Naib Pengerusi

Khairul Irwan Suhaidi B. Mansin

Setiausaha

Anjalia Bt. Raimin

Bendahari

Shaziela Bt. Mohd Shah

AJK Biro Sukan

Ahmad Effieindie B. Ghazali

AJK Biro Kebajikan

Hardiana Bt. Johar

AJK Biro Agama

Mohd Aizat B. Shaharuddin

AJK Biro Ekonomi

Ellanie Bt. Ahmad Izani


Hari Karnival Mini Kraftangan 2010


Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjayakan satu program yang pertama kali dianjurkan iaitu Karnival Mini Kraftangan 2010 di sini pada 6 Ogos sehingga 8 Ogos (3 hari) mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Shahrir Bin Haji Abdul Samad iaitu Ahli Parlimen Johor Bahru dan beliau diiringi oleh Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali.

Majlis perasmian Karnival Mini Kraftangan 2010 dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) bagi acara sambutan VIP dan persembahan kebudayaan. Manakala pengerusi majlis dan hebahan media dibantu oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor. Perasmian dimulakan dengan konvoi bermotor dari Kelab Johor Bikers mengiringi kereta yang dinaiki oleh Yang Berhormat Dato' Shahrir Bin Haji Abdul Samad memasuki perkarangan pejabat. Beliau disambut dengan bunga pahar dan bunga mangga oleh anggota kerja JKKNJ dan paluan kumpulan kompang oleh Wandarisnor iaitu usahawan kraf Johor.


Antara program yang disusun semasa karnival ini dijalankan:

6 Ogos 2010 (Jumaat)

10.00 pg – 06.00 ptg

- Acara permainan rakyat

10.00 pg – 10.00 mlm

- Acara jualan dan demonstrasi kraf oleh usahawan

- Pameran dan jualan oleh Jabatan/ Agensi/ Swasta

09.00 pg

- Pendaftaran usahawan dan Jabatan/ Agensi/ Swasta

- Persiapan tempat

11.00 pg

- Lawatan berpandu sekolah atau agensi (sesi 1)

11.30 pg – 02.30 ptg

- Pendaftaran bagi Pertandingan Karaoke Irama Malaysia (terbuka)

03.00 ptg

- Pertandingan Karaoke Irama Malaysia (terbuka)

04.00 ptg

- Lawatan berpandu sekolah atau agensi (sesi 2)

05.30 ptg

- Pertandingan ‘berapa lamakah gasing berpusing?’ dan

‘apakah nama-nama gasing?’

06.30 ptg

- Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Karaoke Irama Malaysia (terbuka)

08.30 mlm

- Karaoke (terbuka)


7 Ogos 2010 (Jumaat)

10.00 pg – 06.00 ptg

- Acara permainan rakyat

10.00 pg – 10.00 mlm

- Acara jualan dan demonstrasi kraf oleh usahawan

- Pameran dan jualan oleh Jabatan/ Agensi/ Swasta

09.30 pg

- Ketibaan para media

10.00 pg

- Ketibaan dif-dif jemputan

- Ketibaan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

10.30 pg – 01.00 ptg

- Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Shahrir Bin Haji Abdul Samad

(Ahli Parlimen Johor Bahru)

- Nyanyian lagu Bangsa Johor/ Negaraku/ 1 Malaysia

- Persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ)

- Bacaan Doa

Ustaz Syed Abdul Rahman bin Syed Ali

(Imam Masjid Taman Dahlia, Johor Bahru)

- Ucapan Alu-Aluan

Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali

(Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)

- Ucapan Perasmian

Yang Berhormat Dato’ Shahrir Bin Haji Abdul Samad

(Ahli Parlimen Johor Bahru)

- Gimik Perasmian Karnival Mini Kraftangan 2010

- Penyampaian cenderamata

- Lawatan ke gerai-gerai pameran dan jualan

- Jamuan tengahari

10.15 pg – 01.00 ptg

- Pendaftaran bagi Pertandingan Kompang Berirama

02.30 ptg

- Lawatan berpandu sekolah atau agensi (sesi 3)

- Pertandingan Kompang Berirama Peringkat Sekolah

04.30 ptg

- Penyampaian bagi Pertandingan Kompang Berirama Peringkat Sekolah

05.30 ptg

- Pertandingan ‘berapa lamakah gasing berpusing?’ dan

‘apakah nama-nama gasing?’

08.30 mlm

- Karaoke (terbuka)


8 Ogos 2010 (Ahad)

10.00 pg – 06.00 ptg

- Acara permainan rakyat

10.00 pg – 10.00 mlm

- Acara jualan dan demonstrasi kraf oleh usahawan

- Pameran dan jualan oleh Jabatan/ Agensi/ Swasta

08.30 pg – 10.00 pg

- Perlawanan persahabatan paint ball antara anggota kerja PKKM Cawangan Johor dengan usahawan kraf

11.00 pg

- Lawatan berpandu sekolah atau agensi (sesi 4)

11.30 pg – 01.00 ptg

- Pendaftaran bagi Pertandingan Mewarna Batik Peringkat Sekolah (terbuka)

- Pendaftaran bagi Pertandingan Mewarna Peringkat Tadika

02.30 ptg

- Lawatan berpandu sekolah atau agensi (sesi 5)

03.00 ptg

- Pertandingan Mewarna Batik Peringkat Sekolah (terbuka)

- Pertandingan Mewarna peringkat Tadika

04.30 ptg

- Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Batik Peringkat Sekolah (terbuka)

- Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Peringkat Tadika

05.00 ptg

- Pertandingan 5 aksi pusingan gasing

05.30 ptg

- Penyampaian sijil penghargaan kepada usahawan dan agensi

06.30 ptg

- Acara Kempen Bumi Hijau

08.30 ptg

- Karaoke (terbuka)

10.00 mlm

- Program Karnival Mini Kraftangan 2010 tamat


Program ini disertai oleh agensi kerajaan dari KPKK dan badan-badan NGO (pameran) dan usahawan kraf (jualan, demostrasi dan interaktif kraf). Seramai 24 usahawan terlibat terdiri daripada 18 orang usahawan meliputi bidang kraf seperti tekstil, hasil rimba, logam dan aneka kraf dan 6 orang usahawan lagi bukan dari bidang kraf. Kebanyakkan pengunjung karnival ini terdiri daripada rakyat tempatan, Singapura dan Indonesia. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan lagi karnival ini malah mereka beri galakkan agar program ini diteruskan sebagai acara tahunan bagi PKKM Cawangan Johor.


Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada setiap anggota kerja, agensi dan individu yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dan berjumpa lagi di Karnival Mini Kraftangan 2011.


Antara gambar-gambar bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung:

Persiapan Sebelum Karnival Bermula







Upacara Perasmian























































Interaktif Kraf







Pertandingan Karaoke Irama Malaysia (terbuka)



Pertandingan Kompang Berirama Peringkat Sekolah (terbuka)







Pertandingan 5 Aksi Pusingan Gasing







Pertandingan Mewarna Peringkat Tadika







Permainan Rakyat







Perlawanan Persahabatan Paint Ball Anggota Kerja vs Usahawan Kraf







Tapak Jualan







Demonstrasi







Pameran







Kempen Bumi Hijau