Isnin, 4 Oktober 2010

Bimbingan Teknikal Pembuatan Benang Serat Nenas




Kota Tinggi- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan bengkel bimbingan teknikal pembuatan benang serat nenas dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Kg. Lepau, Pengerang, Kota Tinggi. Bengkel selama 4 hari itu bermula pada 27 September 2010 sehingga 30 September 2010 melibatkan 23 orang peserta yang merupakan penduduk kampung tersebut.


Bengkel ini dimulai dengan penerangan tentang objektif dan sasaran bagi bimbingan teknikal ini dijalankan serta memperkenalkan tenaga pengajar yang dilantik pada hari pertama program. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  1. Pemilihan daun nenas yang tepat
  2. Perbezaan daun nenas Josephine dengan daun nenas N36
  3. Menggeruk daun nenas
  4. Penyambungan benang serat nenas
  5. Menerai benang serat nenas
  6. Asas menenun benang serat nenas

Manakala objektif Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ialah:
  • Mewujudkan pengusaha atau tenaga mahir dalam pengeluaran produk kraf benang serat nenas.
  • Memberi manfaat kepada penanam nenas bagi mengiatkan lagi sektor pertanian yang membantu pengeluaran produk baru berasaskan daun nenas.
  • Mewujudkan motif nenas sebagai identiti produk kraf Negeri Johor.
  • Mewujudkan kelompok usahawan atau pengusaha bagi pengeluaran bahan mentah berasaskan daun nenas.
  • Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan mentah berunsurkan serat.


Penyampaian sijil dan majlis penutupan dijalankan pada hari terakhir program. Alhamdulillah program ini berakhir sepertimana yang dijadualkan. Insyaallah, peringkat fasa kedua akan dijalankan bagi mendedahkan secara mendalam penggunaan benang serat nenas ke arah pembuatan produk kraf.