Isnin, 19 September 2011

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (September)

Johor Bahru- Selepas selesainya Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada pukul 3 petang, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan jamuan makan sempena sambutan hari kelahiran salah seorang anggota kerja secara kejutan kepadanya. Beliau merupakan penolong akauntan PKKMCJ yang lahir pada bulan September dan orang yang diraikan adalah Cik Shaziela Mohd Shah. Pihak pengurusan ingin mengucapkan, "Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, bertambah rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah serta dimakbulkan segala doanya bagi mencapai cita-citanya selama ini. Amin...."

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kraftangan Malaysia Cawangan Johor

Johor Bahru- Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 15 September yang lalu mulai jam 10 pagi di perkarangan lobi utama premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Jamuan ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan siraturrahim antara anggota kerja PKKMCJ bersama para usahawan kraf Johor dan pembekal di sini.

Alhamdulillah, segala yang dirancangkan oleh KSKKMCJ berakhir dengan sempurna. Pihak pengurusan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin. Sekian.