Khamis, 2 September 2010

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan


Kluang- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah menyertai Majlis Perhimpunan Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 Peringkat Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail , Kluang pada 31 Ogos 2010 mulai pukul 7.30 pagi sehingga 9 pagi. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah menyertai perhimpunan tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman. Seramai 5 anggota kerja PKKMCJ yang terlibat bagi program tersebut sebagai komitmen agensi di bawah KPKK. Tema Sempena Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi".