Isnin, 21 Februari 2011

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011



Pasir Gudang- Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah mengalas untuk kali pertamanya penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011 ke 16 yang bermula pada 16 Februari hingga 20 Februari 2011 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang setelah 15 tahun penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang oleh Johor Corporation (Jcorp) dijalankan.







Acara menerbangkan 3,000 layang-layang oleh pelajar sekolah dari sekitar Pasir Gudang telah disempunakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim selepas Majlis Perlancaran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang dilaksanakan oleh baginda Sultan Ibrahim pada 19 Februari 2011 pukul 2 petang di sana.








Seramai 221 peserta dari 30 negara telah mengambil bahagian di dalam kategori Antarabangsa manakala 139 pasukan tempatan yang membabitkan 707 peserta bagi kategori Kebangsaan, Korporat dan Sekolah.


Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Ikhlas,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor

Taklimat Hari Kraf Kebangsaan 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan taklimat sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung pada 23 Februari hingga 7 Mac 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Taklimat ini diadakan pada 11 Februari 2011 mulai pukul 10.30 pagi di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan sesi penerangan oleh Pengarah, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada usahawan kraf Johor telah dijalankan dengan baik. Dijangkakan seramai 24 usahawan kraf di bawah Negeri Johor dan 2 usahawan di bawah Felda bagi menyertai penjualan Hari Kebangsaan 2011 nanti. Taklimat ini bersurai pada pukul 12.00 tengahari dan respon dari usahawan kraf Johor amat menggalakkan. Sekian.

Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Hari Kelahiran Anggota Kerja (Februari)

Larkin- Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (KSKKMCJ) telah mengadakan sambutan hari lahir bulan Februari bagi anggota kerja pada 09 Februari 2011 iaitu selepas Mesyuarat Pengurusan Cawangan Bil 02/2011 diadakan.


Antara anggota kerja diraikan ialah:
  1. Khairul Irwan Suhaidi Mansin - 20 Februari
  2. Rahamah Abu Bakar - 21 Februari
  3. Ellanie Ahmad Izani - 24 Feruari

Mesyuarat Pengurusan Cawangan PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Cawangan Bil 02/2011 pada 9 Februari 2011. Mesyuarat ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.


Antara agenda-agenda mesyuarat yang dikemukakan ialah:

Agenda 1 - Perutusan Pengerusi
Agenda 2 - Pengesahan Minit Mesyuarat
Agenda 3 - Perkara-Perkara Berbangkit
i) Unit Pentadbiran dan Kewangan
ii) Unit Usahawan
iii) Unit Pasaran & Promosi/ Pemuliharaan Kraf
iv) Unit Rekaan/ Teknikal
Agenda 4 - Laporan Prestasi Perbelanjaan
Agenda 5 - Perkara-Perkara Baru
Agenda 6 - Hal-Hal Lain
Agenda 7 - Penutup

Sabtu, 5 Februari 2011

Perhimpunan Bulan Februari 2011

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 2 Februari 2011 pukul 8.30 pagi. Perhimpunan bulanan ini dipengerusikan oleh Cik Norhaslizaraf Binti Ab. Raof dan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Seterusnya, bacaan doa oleh Encik Mohd Aizat Bin Shaharuddin dan diikuti dengan ucapan Pengarah iaitu Encik Nor Azmi Bin Haji Ismail bagi menyampaikan amanat dari Ketua Pengarah kepada semua anggota kerja dan usahawan kraf di sini. Kemudian, Cik Rahamah Binti Abu Bakar merupakan anggota kerja baru Kraftangan Malaysia Cawangan Johor mulai 1 Februari 2011 dijemput ke hadapan bagi sesi memperkenalkan diri kepada para hadirin dan ia bersurai pada pukul 10.00 pagi.

Rabu, 2 Februari 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan dan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar

Segamat- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai dan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar di Felda Chempelak Barat yang bermula pada 23 Januari sehingga 27 Januari 2011.

Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Anyaman Rotan mula beroperasi di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis, Segamat pada tahun 2005. Namun begitu, perusahaan ini telah mengalami beberapa masalah terutamanya kekurangan bahan mentah rotan dan penglibatan usahawan atau tenaga kerja mahir yang merupakan kelompok kecil dalam bidang Kraf Anyaman Rotan. Seterusnya, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menjalankan kajian dan pemantauan di kawasan Daerah Labis bagi mencari tenaga kerja mahir di dalam bidang Anyaman Rotan pada 15 Januari 2011. Justeru itu, pihak Kraftangan Malaysia mendapati penempatan Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh adalah bersesuaian dalam pencarian tenaga kerja mahir baru yang mampu digilap oleh Kraftangan Malaysia bagi mengembangkan lagi Kraf Anyaman Rotan di Negeri Johor. Oleh yang demikian, pihak Kraftangan Malaysia juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan program Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Bengkel Gemilang Kraf, Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai dengan kerjasama Orang Asli Kampung Ulu Juaseh bagi menjayakan aktiviti ini.


Manakala Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar diadakan di Felda Chempelak Barat atas kerjasama pihak pengurusan Felda Chempelak Barat untuk memberi latihan asas dan pengetahuan Kraf Anyaman Lekar kepada penduduknya dan seterusnya mereka didedahkan dengan asas kepenggunaan bahan mentah lidi kelapa sawit yang mudah didapati di sana. Pihak Kraftangan Malaysia juga bercadang untuk mewujudkan kelompok usahawan kraf baru bagi anyaman lekar dengan menggunakan lidi kelapa sawit sebagai 'identiti kraf setempat'.

Majlis Penutup Program Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan dan Anyaman Lekar dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Norhayati binti Omar (Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembangunan Usahawan, Kraftangan Malaysia). Turut hadir sama ialah Yang Berusaha Encik Ajib bin Hussein (Penghulu Mukim Labis 5), Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail (Pengarah Bahagian Usahawan, Kraftangan Malaysia) dan Yang Berusaha Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor) pada 27 Januari 2011 di Bengkel Gemilang Kraf, Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai, Labis, Segamat, Johor.

Seramai 35 orang peserta (18 orang mengikuti Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar di Felda Chempelak Barat dan 17 orang mengikuti Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan di Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai) bagi menyertai program ini yang dipimpin oleh fasilitator kraf yang berpengalaman. Melalui Bengkel Bimbingan yang diadakan ini, setiap peserta akan didedahkan mengenai proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf tersebut.

Antara senarai nama yang terlibat dalam program ini:

- Anggota Kerja Kraftangan Malaysia
  1. Mohd Razis bin Md. Said (Timbalan Pengarah, Bahagian Usahawan)
  2. Saihazra Izreen binti Hamzah (Penolong Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
  3. Fazar Ivan Hidayat bin Zahari (Pereka, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
  4. Mohd Khairul Azman bin Che Kob (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Bahagian Usahawan)
  5. Anjalia binti Raimin (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
  6. Asfaziha binti Ab. Karim (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
  7. Mohd Rosdi bin Ibrahim (Pengajar Kraf, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)
  8. Mohd Aizat bin Shaharuddin (Pereka, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor)

- Fasilitator Kraf
  1. Kamsiah binti Md. Kassim (BT Anyaman Rotan)
  2. Noriza binti Ali (BT Anyaman Rotan)
  3. Maimun binti Mohamad (BT Anyaman Lekar)
  4. Kuntong binti Muhamad (BT Anyaman Lekar)

- Urusetia
  1. Normala binti Ahmad @ Basiran (Felda Chempelak Barat)
  2. Halimah binti Atan (Rancangan Tanah Beliawanis, Bukit Mambai)
  3. Haliza binti Abdul Latif (Penempatan Orang Asli, Kampung Ulu Juaseh)

- Peserta
  • Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan
  1. Noratikah binti Muhamad Ma'rof
  2. Nur Sayazwani binti Ramlan
  3. Nur Azeera binti Zahari
  4. Zainah binti Suwing
  5. Kartini binti Mansor
  6. Aishah binti Ahtat
  7. Bunga binti Atan
  8. Hafizah binti Mu
  9. Noraini binti Bujang
  10. Lia binti Mansor
  11. Mimi binti Bujang
  12. Nur Syuhadah binti Ab. Rahman
  13. Halimah binti Atan
  14. Jalimah binti Atan
  15. Mohamad Taufik bin Paiman
  16. Normah binti Masdar
  17. Sunanterah binti Jais
  • Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar
  1. Hafiza binti Mohamad
  2. Siti Rohani binti Daut
  3. Suzila binti Sukamto
  4. Nur Aniyah binti Salehan
  5. Sakinah binti Supian
  6. Rosimah binti Uyop
  7. Maryani binti Ali
  8. Nur Afifah binti Omar
  9. Siti Nurhani binti Abu Bakar
  10. Norfaraidah binti Ibrahim
  11. Rahayu binti Husin
  12. Mistina binti Abu
  13. Raimah binti Saimon
  14. Saadiah binti Alyee
  15. Kamariah binti Hassan
  16. Sti Aisyah binti Abu
  17. Siti Hawa binti Mohd Jisin
  18. Maimunah binti Mazlan

Antara gambar-gambar aktiviti yang dijalankan:

Persiapan Tempat

- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Lekar







- Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan







- Majlis Penutup Program







Bengkel Bimbingan Teknikal

- Anyaman Lekar







- Anyaman Rotan







Gotong-Royong Persiapan Makanan (Majlis Penutup)







Majlis Penyerahan Sijil







Lawatan Pameran Produk Peserta Bengkel