Isnin, 16 Mei 2011

Festival Kesenian Gunung Ledang

Ledang- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) dengan kerjasama Pejabat Daerah Ledang telah menganjurkan Festival Kesenian Gunung Ledang yang bermula pada malam 12 Mei sehingga 15 Mei 2011 di Dataran Gunung Ledang Resort, Sagil, Tangkak, Johor. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz telah merasmikan Festival Kesenian Gunung Ledang pada 14 Mei 2011 pukul 11.00 pagi. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Dato Dr. James Dawos Mamit serta Pegawai Daerah Ledang, Tuan Haji Amran A. Rahman sebagai pembuka bagi ucapan pendahuluan semasa majlis perasmian sedang dilangsungkan.

Sebelum itu, tetamu-tetamu kehormat telah disambut oleh persembahan pergendangan Cina, pergendangan India, kumpulan kompang dan persembahan silat dan seterusnya mereka menuju ke khemah VIP. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang festival ini berlangsung seperti berikut:
  • Ghazal
  • Pementasan Muzikal Tari Puteri Gunung Ledang
  • Persembahan Dinas Pariwisata Seni dan Budaya (Indonesia)
  • Seni Pertahankan Diri
  • Persembahan Kebudayaan (setiap daerah, sekolah seni, keseniaan Cina, kesenian India)
  • Persembahan Tatih Seni bersama Noraniza Idris
  • Persembahan Orang Asli
  • Tayangan PacakPertandingan
  • Demonstrasi Gasing
  • Pertandingan Mewarna dan Melukis (kategori kanak-kanak)
  • Pertandingan Ayam Serama
  • Pertandingan Suara Burung Merbok
  • Pertandingan Deklamasi Puisi Gunung Ledang
  • Pertandingan Fotografi
  • Pertandingan Menyumpit dan Memanah
  • Pameran Fotografi dan Lukisan


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput untuk menyertai program tersebut dengan menghantar dua usahawan kraf bagi jualan di sana dan mereka adalah sepertimana berikut:
  1. Arils Center
  2. Treasured Possession Gallery