Selasa, 5 Julai 2011

Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011


Johor Bahru- Kraftangan Malaysia telah mengisytiharkan 12 Julai adalah Hari Bertemu Pelanggan peringkat Kraftangan Malaysia bertempat di premis Ibu Pejabat (Jalan Conlay, Kuala Lumpur) dan cawangan-cawangan di seluruh negeri. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk:
  • Mendapatkan maklumbalas pengguna iaitu kraf berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia;
  • Mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia; dan
  • Untuk mengetahui dan mengukur keberkesanan perkhidmatan Kraftangan Malaysia kepada kumpulan sasar.

Aktiviti utama bagi Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011 peringkat PKKMCJ adalah seperti berikut:
  • Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
  • Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
  • Kaunter Helpdesk
  • Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia
  • Pengisian Borang Soal Selidik oleh Usahawan
  • Pendidikan Kraf Peringkat Negeri


Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke premis kami dan butiran bagi atur cara tersebut adalah seperti berikut: