Jumaat, 25 November 2011

Mesyuarat Penyelarasan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Johor

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor (PKKMCJ) telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bagi program Promosi Kraf Malaysia di peringkat negeri Johor pada 10 November 2011 bermula pukul 2.30 petang di bilik mesyuarat PKKMCJ. Mesyuarat penyelarasan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kraftangan Malaysia.

Rombongan bas dari Ibu Pejabat telah tiba jam 11.30 pagi di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru bagi memantau dan berdiskusi bersama pihak PKKMCJ tentang pelaksanaan yang akan dijalankan bermula pada 5 Disember nanti. Setelah selesai diskusi di sana, pihak rombongan terus menuju ke premis PKKMCJ bagi persediaan mesyuarat yang dihadiri oleh jabatan dan agensi di peringkat negeri Johor.


Antaranya ialah :
  1. Jabatan Penerangan Negeri Johor
  2. Jabatan Penyiaran Negeri Johor
  3. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKN)
  4. Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Johor (JASA)
  5. BERNAMA Johor
  6. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ)
  7. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  8. TNB Distribution Sdn. Bhd.
  9. Polis Diraja Malaysia Negeri Johor
  10. RELA Negeri Johor
  11. Jabatan Kesihatan Negeri Johor
  12. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor (KEMAS)
  13. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
  14. Jabatan Pelancongan Negeri Johor
  15. Uda Angsana Sdn. Bhd.

Lawatan SK Lelaki Bandar, Kluang

Larkin- Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar, Kluang telah mengunjungi premis Kraftangan Malaysia Cawangan Johor pada 9 November 2011 mulai jam 2 petang. Pelajar-pelajar terdiri daripada darjah empat hingga enam itu telah didedahkan dengan pengisian aktiviti disediakan bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan mereka serta menyerlahkan kreativiti mereka dalam dunia kraftangan di sini.


Antaranya ialah:

Interaktif Kraf (Mewarna Batik)






Lawatan Inkubator Batik


Lawatan Perkampungan Kraf (Alat Muzik Tradisional)


Lawatan Perkampungan Kraf (Pembuatan Parang)