Selasa, 27 Julai 2010

Karnival Usahawan Desa 2010

Bukit Jalil- Kementeriaan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai pada 22 Julai hingga 24 Julai dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Karnival ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pada hari sabtu yang lalu. Turut sama hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis perlancaran tersebut.

Jualan ini telah melibatkan 500 usahawan luar bandar di seluruh negara dan salah satunya ialah usahawan kraf alat muzik tradisional di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor iaitu Wandarisnor Enterprise.


Di samping itu juga, terdapat pameran jabatan dan agensi di bawah (KKLW) termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra.