Khamis, 15 Mac 2012

KARNIVAL BUDAYA & WARISAN 2012


Johor Bahru - Karnival Budaya & Warisan 2012 akan bermula pada 16hb hingga 18hb Mac 2012 di sekitar Bandaraya Johor Bahru antaranya Jalan Segget, Jalan Meldrum, Jalan Tan Hiok Hee, Plaza Seni & Laman Tun Sri Lanang yang dianjurkan oleh Iskandar Malaysia serta dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan beberapa lagi Agensi Kerajaan. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor terlibat dalam aktiviti Demostrasi & Jualan Kraf yang melibatkan 8 usahawan kraf negeri Johor. Antara aktiviti kraf yang akan dijalankan ialah Pembuatan Batik Canting, Kraf Pembuatan Parang, Seni Ukiran Kayu, Seni Kraf Tulisan Khat, Capal Kulit, Pembuatan Kompang, Warisan Kuda Kepang dan Alat Muzik Angklung. Sepanjang karnival berlangsung, aktiviti kraf akan berada di Johor Bahru City Square dan JB Sentral. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Budaya & Warisan 2012. Masuk adalah percuma.