Selasa, 27 Julai 2010

Program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn


Batu Pahat- Arkid Negara dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn yang disertai oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) Negeri Johor serta promosi bersama Telekom Malaysia. Program ini diadakan selama 4 hari di UTHM dan ia bermula pada 22 Julai sehingga 25 Julai. Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan program tersebut pada pagi Ahad yang lalu.


Program ini telah dijalankan dengan pengisian aktiviti-aktiviti sepertimana berikut:
- Pameran dan jualan
- Pertandingan dan perlawanan persahabatan futsal
- Tarian poco-poco
- Uji bakat membaca berita
- Pertandingan mewarna dan melukis
- Pertandingan berbalas pantun, pidato dan sajak
- Pertandingan karaoke
- Senam seni 1 Malaysia
- Bicara tokoh
- Program suara siswa
- Tahlil dan bacaan Yaasin
- Pelancaran UCiTV