Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 8 Julai 2011 mulai pukul 8.30 pagi di bilik latihan Kraftangan Malaysia. Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Encik Khairul Irwan Suhaidi bin Mansin telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Cintai Warisan Kraf Malaysia. Kemudian, pelajar latihan industri, Encik Muhamad Nur Azizi bin Muhamad Jono telah membuka acara dengan bacaan doa beliau dan seterusnya ucapan bulanan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail kepada semua anggota kerja PKKMCJ dan usahawan kraf. Acara sesi penyerahan cenderahati kepada lima orang pelajar latihan industri dari Universiti Malaysia Sarawak telah disampaikan oleh Pengarah PKKMCJ sempena mengingati jasa dan sumbangan mereka telah berikan sepanjang 2 bulan berkhidmat di sini. Perhimpunan bulanan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Sekian.
Selasa, 12 Julai 2011
Kursus Anyaman Rotan Asas Bagi Pelajar Pendidikan Khas
Pontian- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian, Johor telah bekerjasama untuk mengadakan Kursus Anyaman Rotan Asas bagi Pelajar Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) pada 7 Julai 2011 di Bengkel Perusahaan Daya Kraf. Seramai 13 orang murid dan 5 guru menyertai kursus tersebut bagi tujuan mendidik serta mempertingkatkan keupayaan intelek, emosi dan sosial mereka di samping memberi pendedahan baru tentang pembuatan kraftangan terutamanya anyaman rotan. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan terima kasih kepada Hajah Mijah Sinan setelah komitmen yang diberikan sebagai tenaga pengajar dan membenarkan premis beliau untuk dijadikan tempat pembelajaran di sana.
Ahad, 10 Julai 2011
Lawatan Media Turun Padang- Liputan Projek SDSI Kraf & Program Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan
Johor Bahru- Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi lawatan media turun padang membuat liputan bantuan yang disalurkan oleh Kraftangan Malaysia kepada usahawan kraf bermula pada 5 dan 6 Julai 2011 bertempat di Muar, Batu Pahat dan Segamat. Program ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor untuk mengadakan wawancara mengenai projek SDSI Kraf dan Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan di Johor. Liputan ini juga dijangka akan disiarkan di RTM TV1 melalui Berita Nasional hari Ahad jam 8.00 malam pada 10 atau 17 Julai 2011.
Antara program yang dijalankan ialah:
5 Julai 2011
Syarikat Kreatif ER Enterprise
(Projek SDSI Ukiran Kayu Daerah Muar)
Selasa, 5 Julai 2011
Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011

Johor Bahru- Kraftangan Malaysia telah mengisytiharkan 12 Julai adalah Hari Bertemu Pelanggan peringkat Kraftangan Malaysia bertempat di premis Ibu Pejabat (Jalan Conlay, Kuala Lumpur) dan cawangan-cawangan di seluruh negeri. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk:
- Mendapatkan maklumbalas pengguna iaitu kraf berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia;
- Mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia; dan
- Untuk mengetahui dan mengukur keberkesanan perkhidmatan Kraftangan Malaysia kepada kumpulan sasar.
Aktiviti utama bagi Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2011 peringkat PKKMCJ adalah seperti berikut:
- Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
- Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
- Kaunter Helpdesk
- Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia
- Pengisian Borang Soal Selidik oleh Usahawan
- Pendidikan Kraf Peringkat Negeri
Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke premis kami dan butiran bagi atur cara tersebut adalah seperti berikut:

Isnin, 4 Julai 2011
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 KPKK


Kuala Lumpur- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah diadakan pada 30 Jun yang lalu dan ia disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Seramai 811 orang penerima dari semua jabatan dan agensi di bawah KPKK dan 58 orang daripadanya adalah merupakan anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2010 terutamanya dua anggota kerja PKKMCJ iaitu:
- Encik Nor Azmi bin Haji Ismail (Pengarah)
- Puan Ellanie binti Ahmad Izani (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi)
Interaktif Kraf Mewarna Batik dan Mewarna Seramik
Johor Bahru- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput untuk mengadakan Interaktif Kraf Mewarna Batik dan Mewarna Seramik sempena Hari KoKurikulum, Keusahawanan dan Koperasi di Sekolah Menengah Taman Daya, Johor Bahru pada 30 Jun yang lalu. Program ini telah mensasarkan seramai 50 orang warga SMK Taman Daya untuk turut serta dan ia berakhir pada pukul 4.00 petang setelah 9 jam berlangsung di sana. Sekian.
Isnin, 27 Jun 2011
Karnival Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran Negeri Johor 2011 (KEPAK)
Johor Bahru- Karnival Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran Negeri Johor 2011 (KEPAK) merupakan penganjuran yang pertama kalinya diadakan dengan kerjasama daripada pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), JobMalaysia Center (JTK), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput untuk turut serta bagi mengadakan pameran berinformasi, demonstrasi mencanting batik dan permainan kercang (permainan masyarakat Orang Asli) yang bermula pada 23 Jun sehingga 26 Jun 2011.
Majlis Perasmian Karnival Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran Negeri Johor 2011 (KEPAK) telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman iaitu Menteri Besar Johor pada 23 Jun yang lalu mulai pukul 3 petang dan beliau diiringi oleh Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Bujang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor. Mewarna batik merupakan gimik perasmian bagi karnival tersebut.
Antara objektif KEPAK 2011 diadakan adalah bertujuan untuk:
- Menghimpunkan dan memadankan peluang kerjaya, perniagaan dan peningkatan dalam sektor kemahiran di negeri Johor;
- Meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi gabungan usahasama pelbagai pihak dalam satu program yang diadakan; dan
- Bimbingan kerjaya, tips menghadiri temuduga dan sesi motivasi serta berkongsi pengalaman dengan usahawan yang berjaya.
Di samping itu, empat usahawan kraf Johor telah dipilih sebagai usahawan Ikon Johor. Mereka dijemput untuk memberi tips, berkongsi pengalaman dan maklumat terhadap penglibatan mereka sebagai usahawan kraf di bawah agensi Kerajaan iaitu Kraftangan Malaysia. Antara usahawan yang terlibat adalah:
- Nouvo Craft Enterprise
- Wandarisnor Enterprise
- Anugerah Kraf
- Titis Mas Enterprise
Langgan:
Catatan (Atom)