Rabu, 22 Jun 2011

Mesyuarat Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)- Kawasan Felda Bil 2

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) akan menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) pada 3 Julai 2011 di Felda Look Heng Barat, Kota Tinggi, Johor. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 17 Jun yang lalu di Dewanraya Felda Lok Heng Barat dan ia dipengerusikan oleh YB Puan Hajah Asiah Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput hadir ke mesyuarat bagi membincangkan persiapan dan penglibatan agensi di bawah KPKK dalam program tersebut. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YB Tuan Haji Rasman Ithnin, ADUN Kawasan Sedili bagi membantu dan berkongsi pendapat dalam perlaksanaan dan perjalanan program itu nanti. Sekian.

Selasa, 21 Jun 2011

Lawatan TPBU ke Bengkel LJP Anyaman Rotan

Segamat- Selepas Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan menjalankan aktiviti lawatan bagi program Bantuan Insentif Pembangunan Usahawan 2011, beliau dijemput ke Perkampungan Orang Asli Ulu Juaseh, Segamat untuk melihat secara lebih dekat dan perkembangan terkini terhadap Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan yang akan berakhir 15 Julai nanti. Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan (TPBU) telah memberi beberapa amanat kepada peserta latihan bagi membangunkan industri kraf rotan di Segamat. Beliau juga berharap agar para peserta mempertajamkan kemahiran mereka agar produk yang dihasilkan berkualiti dan mencapai standard yang dikehendaki oleh Kraftangan Malaysia. Beberapa sampel produk latihan telah dibawa ke Ibu Pejabat sebagai rujukan beliau bersama Pengarah Bahagian Usahawan di sana. Sekian.

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ke Tapak Cadangan Bantuan Insentif (Bengkel)

Larkin- Bahagian Usahawan Ibu Pejabat sedang meneliti dan meninjau bagi Program Bantuan Insentif Pembangunan Usahawan 2011 adalah bertujuan untuk memberi impak besar kepada usahawan yang berpotensi dalam pembangunan industri kraf Negara. Program ini dilaksanakan selari dengan peranan Kraftangan Malaysia iaitu memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran. Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Mohd Razis bin Md Said dan Pengarah PKKMCJ, Encik Nor Azmi bin Haji Ismail telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan bagi bantuan insentif (bengkel) kepada usahawan kraf Johor yang terpilih dan lawatan ini dijalankan pada 15 Jun 2011. Mereka terdiri daripada:

- Roslan bin Idris (Anugerah Kraf)
Cadangan:
- Bengkel baru/ showroom (40' x 30')







- Amir bin Haji Salleh (Pamir Kraf)
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ pejabat/ showroom (75' x 22')







- Tuzelan bin Ahmad (Perusahaan Zalikraf)
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ stor bahan mentah (60' x 40')







- Arshad bin Ishak
Cadangan:
- Naik taraf bengkel/ showroom (40' x 30')



Selasa, 14 Jun 2011

Alamat Emel Rasmi PKKMCJ

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Secara rasminya, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menukarkan alamat emel baru bagi kemudahan komunikasi korporat kami kepada masyarakat awam dan pengunjung blog khasnya.

Segala pertanyaan dan urusan rasmi, sila emelkan kepada:
craftjohor@kraftangan.gov.my


Sekian, terima kasih.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"


Pihak Pengurusan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Johor (PKKMCJ)

Ahad, 12 Jun 2011

Skuad Pemantauan LJP Kg. Ulu Juaseh

Labis- Skuad pemantauan Latihan Jangka Pendek Anyaman Rotan yang diketuai oleh Pengarah PKKMCJ telah melaksanakan misi ke Kampung Orang Asli, Ulu Juaseh, Segamat pada 10 Jun 2011 bagi memastikan program ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Tujuan pemantauan ini dilakukan adalah untuk mendapat gambaran tentang kesesuaian antara modul latihan dengan pelaksanaan program bagi mengukur pencapaian sebenar yang telah dilaksanakan. Di samping itu juga, unit Rekaan dan Teknikal turut serta turun padang bagi membantu serta memastikan produk yang dihasilkan mengikut spesifikasi dan kehendak pasaran semasa. Sekian.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil 01/2011

Larkin- Unit Pentadbiran dan Kewangan, Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bilangan 01/2011 pada 9 Jun yang lalu bermula pukul 3 petang di bilik mesyuarat PKKMCJ. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk memastikan kedudukan semasa aset alih Kementerian/ Jabatan didaftarkan, perbincangan bersama tentang laporan hasil pemeriksaan aset alih, laporan tindakan pelupusan, laporan tindakan surcaj/ tatatertib dan masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan aset alih yang dihadiri oleh pegawai-pegawai PKKMCJ. Mesyuarat bersurai pada pukul 4.30 petang dan ia ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan. Sekian.

Jumaat, 10 Jun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan PKKMCJ Bil 05/2011


Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Cawangan, PKKMCJ Bilangan 05/2011 pada 9 Jun 2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah PKKMCJ telah berlangsung selama dua jam di bilik mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan ia telah berakhir pada pukul 1.00 petang.

Antara agenda yang diperbincangkan ialah:
  • Agenda 1: Perutusan Pengerusi
  • Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 04/ 2011
  • Agenda 3: Perkara-Perkara Berbangkit
  • Agenda 4: Laporan Prestasi Aktiviti Pengurusan dan Pembangunan
  • Agenda 5: Laporan Prestasi Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan
  • Agenda 6: Membincangkan Perkara-Perkara Baru
  • Agenda 7: Hal-Hal Lain