Rabu, 20 Julai 2011

Mesyuarat JKPKPKK Bil. 10/2011

Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Johor (JKPKPKK) Bilangan 10/2011 pada 14 Julai 2011. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap EXCO Penerangan. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu telah membincangkan isu mengenai perkara-perkara berbangkit dan penting serta laporan aktiviti bagi Jabatan/ Agensi KPKK yang terlibat. Sekian.