Rabu, 22 Jun 2011

Lawatan Kerja Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) ke PKKMCJ

Larkin- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali dan beliau diiringi oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Ramli bin Mohd Noor dan Jurutera Kanan dari Unit Pembangunan, Encik Hamdan bin Ahmad pada 19 Jun yang lalu. Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk sesi lawatan tapak bagi cadangan membaik pulih bumbung dan bangunan pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.

Kunjungan tersebut telah dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama Yang Berbahagia Ketua Pengarah bagi membincangkan isu semasa dan berbangkit yang berkaitan dengan pengurusan cawangan Johor. Seterusnya, lawatan tapak telah dijalankan selepas sesi perjumpaan tersebut berakhir. Kunjungan selama 5 jam tersebut telah mendapat respon yang positif daripada pihak pengurusan atasan bagi pembangunan kompleks sebagai pusat pelancongan berasaskan kraf di negeri Johor. Sekian.