Khamis, 4 November 2010

Taklimat dan Latihan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)- Modul Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT)

Johor Bahru- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Johor telah menganjurkan "Taklimat dan Latihan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bagi Modul Pengurusan Prestasi- (Sasaran Kerja Tahunan-SKT dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan-LNPT)" bagi tahun 2010. Taklimat ini telah diadakan pada hari ini yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang di Bilik Mesyuarat, RTM Johor.


Sesi taklimat dan latihan tersebut bertujuan untuk memberikan penerangan dan pendedahan secara hands on bagi melaksanakan SKT dan LNPT pada tahun 2010 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 tahun 2008 iaitu Pelaksanaan Modul Pengurusan Prestasi Submodul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.


Antara pegawai-pegawai Kraftangan Malaysia Cawangan Johor yang menghadiri taklimat tersebut ialah:
  1. Encik Ahmad Faudzi B. Md. Ghazali (Pengarah)
  2. Cik Saihazra Izreen Bt. Hamzah (Penolong Pengarah)
  3. Puan Nurulniza Bt. Masuan (Penolong Akauntan)
  4. Puan Hardiana Bt. Johar (Pereka)