Sabtu, 28 Ogos 2010

Cahayamata Baru PKKMCJ


Larkin- Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah menerima perkhabaran gembira iaitu Puan Nurulniza Binti Masuan telah selamat melahirkan cahayamata perempuan yang bernama Damia Shahirah pada 18 Ogos 2010 pada pukul 10.30 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nurulniza dan suami kerana mereka telah memiliki sepasang anak yang sangat comel. Pihak kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada beliau dan selamat kembali bertugas pada 18 Oktober nanti.